Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1. orang yg berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan: lima orang ~ telah memeriksa dan merawat Perdana Menteri di hospital di London; 2. orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pe­ngajian: ~ Bahasa dan Kesusasteraan; ~ ilmu hukum; ~ bedah doktor yg berkelayakan utk me­lakukan pembedahan; ~ falsafah ijazah yg tertinggi yg diberikan kpd seseorang siswazah lanjutan yg menamatkan pengajian­nya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drpd para profesor; ~ gigi doktor yg ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi; ~ gula Id ahli dlm perusahaan gula; ~ haiwan = ~ binatang bp doktor yg mendapat latihan khusus tentang penyakit binatang dan cara merawatnya; ~ jiwa doktor yg pakar dlm penyakit jiwa; ~ mata doktor yg pakar mengenai rawatan penyakit mata, ahli oftalmologi; ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan; ~ pakar kanak-kanak = ~ anak Id doktor yg pakar mengenai pengubatan penyakit kanak-kanak, ahli pe­diatrik; ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki pesawat terbang; ~ veterinar doktor haiwan; kedoktoran 1. hal-hal yg bkn ilmu menjadi doktor (mempelajari atau menyelidik bkn penyakit, cara mengubatinya, dll), perubatan; mahasiswa ~ mahasiswa yg belajar utk men­jadi doktor; pengetahuan (ilmu) ~ penge­tahuan tentang penyakit (cara mengubatinya dll); 2. kelulusan tertinggi dlm dunia kesar­janaan yg dicapai selepas peringkat ijazah sarjana di pusat pengajian tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.tor] | دوکتور

Definisi : 1 ahli ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya, dan telah mendapat latihan dan kelulusan dlm ilmu (bidang) perubatan: Orang yg menghidap penyakit jantung perlu mendapat rawatan ~. 2 gelaran bagi orang yg telah mendapat ijazah tertinggi dlm sesuatu pengajian; gelaran kpd orang-orang yg diakui keahliannya dlm sesuatu pengajian. ~ gigi ahli dlm hal gigi dan penyakit gigi. ~ haiwan ahli dlm hal penyakit binatang dan cara mengubatinya. ~ jiwa orang yg pakar dlm hal penyakit jiwa. ~ pakar doktor yg mempunyai kepakaran khusus dlm sesuatu bidang perubatan. ~ udara doktor yg memberikan khidmat perubatan dan kesihatan, khususnya kpd penduduk di kawasan pedalaman, dgn menaiki helikopter, kapal terbang dsb. kedoktoran 1 hal-hal ttg doktor (mempelajari atau menyelidik penyakit dan cara mengubatinya dll): ilmu (pengetahuan) ~ ilmu ttg penyakit dan ttg cara mengubatinya. 2 hal ttg kelulusan tertinggi dlm sesuatu bidang: ijazah ~ dlm bidang undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physicians and surgeons liability insuranceinsurans liabiliti doktor perubatan dan doktor bedahinsuransTiadaInsurans terhadap kerugian tuntutan ganti rugi atas tuduhan salah amalan atau kecuaian doktor perubatan atau doktor bedah dalam menjalankan tugas mereka.
doctor shoppinglompat doktorPerubatanTiadaAmalan berjumpa beberapa orang doktor kerana simptom yang berterusan atau ketidakpuasan hati terhadap doktor atau ubat yang diberikan oleh doktor.
e-prescriptione-preskripsiTeknologi Maklumate-KesihatanArahan doktor berkaitan dengan pengambilan ubat menggunakan sistem yang mempunyai pautan dengan Bahagian Farmasi untuk penyediaan dan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Doktor hanya perlu memasukkan preskripsi pesakit ke dalam pangkalan data dan dihantar terus ke Bahagian Farmasi. Kaedah ini memudahkan proses kerja ahli farmasi, mengelakkan kesilapan pemberian ubat, mengurangkan masa menunggu pesakit dan mengemas kini sistem inventori farmasi.
patient record locatorpengesan rekod pesakitTeknologi MaklumatTiadaPeranti dalam sistem komputer yang membolehkan doktor dan jururawat mendapatkan rekod kesihatan elektronik pesakit yang lengkap seperti rekod perubatan elektronik (EMR), rekod perubatan ambulatori (AMR) dan preskripsi data dari pelbagai lokasi. Rekod ini mudah diakses dan membolehkan doktor memberikan rawatan kepada pesakit dengan lebih cepat dan berkualiti tinggi.
surgeon's liability insuranceinsurans liabiliti doktor bedahinsuransTiadaPolisi insurans untuk pakar bedah bagi melindungi kerugian berikutan kecuaiannya.
general physicianpakar perubatan amPerubatanTiadaDoktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa.
medical examinationpemeriksaan kesihataninsuransTiadaPemeriksaan yang dibuat oleh doktor bagi pihak insurer ke atas pemohon atau pihak yang menuntut insurans (insured).
twinship transferencetransferens kembarPerubatanPsikiatriSituasi apabila pesakit menganggap doktor yang merawatnya sebagai kembar.
inquestpenyiasatan kematianinsuransTiadaSiasatan yang biasanya dibuat oleh seorang doktor untuk mengetahui sebab, di mana dan bila seseorang itu mati.
prescriptionpreskripsiSains KesihatanTiadaPesanan lisan atau arahan bertulis oleh doktor kepada ahli farmasi yang berkaitan dengan pembekalan ubat kepada pesakit.
123

Kembali ke atas