Nixon Doctrine (Guam Doctrine) | Doktrin Nixon (Doktrin Guam) | Sains Politik | Tiada | Tiada |
doctrine of separation of powers | doktrin pengasingan kuasa/doktrin pemisahan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
esoteric doctrine | doktrin esoterik | Sejarah | Tiada | Doktrin yang berpegang bahawa sesuatu ilmu atau bidang itu khas untuk suatu golongan sahaja seperti doktrin esoterik golongan stoik atau persaudaraan Pythagorean. |
administrative doctrine | doktrin pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip atau panduan yang menjadi pegangan bagi seseorang pentadbir atau sesebuah organisasi dalam mengendalikan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran. Doktrin pentadbiran menetapkan kaedah dan tatacara sesebuah organisasi itu harus ditadbir berpandukan kepada sistem terkhusus tentang pembahagian kuasa, pelaksanaan bidang tugas, pemberian arahan, penyelarasan, keseragaman dan sebagainya. Contohnya, Doktrin Pengasingan Kuasa menjadi panduan dan landasan kepada Badan Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan di Malaysia tentang pembahagian dan pengasingan kuasa. |
doctrinal poem | puisi doktrin | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memiliki ciri-ciri doktrin. |
doctrinal commitment | penglibatan doktrin | Sejarah | Tiada | Keadaan yang condong kepada penglibatan sepenuhnya dalam pengajaran dan penyebaran doktrin. |
physiocracy | fisiokrasi | Sejarah | Tiada | Kerajaan yang mengamalkan prinsip atau doktrin atau sistem fisiokratik yang mendasarkan doktrin politik dan ekonomi kepada supremasi atau keutamaan peraturan natural iaitu kekayaan serta kemakmuran umum atau rakyat yang menggerakkan masyarakat industri. |
real-bill doctrine | doktrin bil benar | Ekonomi | Tiada | Teori yang mengatakan semua pinjaman perniagaan oleh institusi kewangan perlu bersifat jangka pendek dan cair sendiri. Jumlah kredit yang diberi adalah berdasarkan nilai barang yang sedang diproses. Jika doktrin ini dipatuhi, pembayaran bagi setiap urus niaga ekonomi akan berkembang atau menguncup mengikut jumlah barang dikeluarkan. Dengan ini pertumbuhan penawaran wang adalah selari dengan pertumbuhan output, dan inflasi dapat dielakkan. Lihat juga cair sendiri. |
Monroe Doctrine | Doktrin Monroe | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Prinsip dasar luar Amerika Syarikat yang dinyatakan oleh Presiden James Monroe dalam perutusannya kepada Kongres Amerika Syarikat pada 2 Disember 1823. Prinsip ini merupakan pendirian Amerika Syarikat yang tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan menyeru supaya negara Eropah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara di benua Amerika. Sebarang usaha oleh pihak Eropah untuk menjajah semula negara di benua Amerika seperti di Amerika Tengah dan Amerika Selatan dianggap berbahaya kepada keselamatan dan keamanan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, doktrin ini kemudiannya telah digunakan untuk menjustifikasikan imperialisme Amerika Syarikat di Hemisfera Barat. |
doctrine | doktrin | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |