transitory health record | rekod kesihatan transit | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Aplikasi elektronik yang mengandungi rutin surat-menyurat atau dokumen-dokumen lain yang bersifat sementara dan bukan sebahagian daripada rekod pentadbiran. Rekod ini tidak diperlukan untuk mengekalkan fungsi pentadbiran dan tidak difailkan di bawah sistem pengelasan rekod standard. |
master formula | formula induk | Herba | Tiada | Suatu dokumen atau set dokumen yang menerangkan kuantiti bahan pemula, bahan pembungkusan, tatacara dan langkah pengawasan untuk menghasilkan suatu kuantiti produk akhir yang tertentu. Formula ini juga mengandungi arahan pemprosesan dan kawalan dalaman proses bagi pembuatan produk herba. |
production master record | rekod induk pengeluaran | Herba | Tiada | Dokumen atau set dokumen yang digunakan sebagai asas bagi dokumentasi pengeluaran kelompok produk herba. |
touchsafe system | sistem sentuh selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik. |
drug registration guidance document (DRGD) | dokumen panduan pendaftaran ubat (DRGD) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang digunakan sebagai rujukan untuk proses pendaftaran termasuklah kawalan kualiti, pemeriksaan dan pelesenan, serta aktiviti pascapendaftaran produk ubat. Dokumen ini dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). |
portable document format (PDF) | format dokumen mudah alih (PDF) | - | Tiada | Format fail yang dibangunkan oleh Adobe Acrobat untuk memaparkan dokumen termasuk susun atur teks dan grafik yang tetap. Dokumen PDF bebas dipaparkan dan dibaca semula menggunakan pelbagai platform aplikasi. |
digital object identifier (DOI) | pengecam objek digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan nombor, aksara dan simbol yang digunakan untuk mengenal pasti artikel atau dokumen dan pautannya di laman sesawang. Pengecam objek digital akan membantu alat baca mencari dokumen dengan mudah daripada petikan yang terakam di dalam suatu dokumen atau satu set dokumen. |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Identifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti. |
redacted document | dokumen tersunting | Penerbitan | Tiada | Salinan dokumen asal yang butiran maklumatnya telah disunting. |
analytical method validation document | dokumen pengesahsahihan kaedah analisis | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Dokumen yang mengandungi protokol analisis untuk pengujian bahan-bahan mentah, pengesahsahihan analisis untuk produk siap, prosedur pengesahsahihan analisis untuk produk siap, set lengkap data yang diperoleh dari proses pengesahsahihan, sijil analisis tiga kelompok produk siap, sijil analisis untuk satu kelompok bahan mentah yang digunakan dalam produk, dan ringkasan serta kesimpulan proses pengesahsahihan. |