Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.main] | دوماءين

Definisi : 1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di­tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum­puan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.main] | دوماءين

Definisi : 1 kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata domain


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
receptor-binding domain (RBD)domain reseptor-pengikatKesihatan AwamTiadaBahagian penting daripada virus yang terletak di domain pepaku yang membolehkannya singgah ke reseptor badan untuk masuk ke dalam sel dan membawa kepada jangkitan. Domain ini juga merupakan sasaran utama dalam pencegahan dan rawatan jangkitan virus, termasuk sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS-CoV-2) yang menyebabkan COVID-19.
domain of learningdomain pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranKategori pembelajaran yang berlaku dalam diri setiap individu daripada perspektif psikologi pendidikan. Domain pembelajaran yang dianjurkan oleh Bloom dan rakan-rakannya pada tahun 1956 ini terbahagi kepada tiga, iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Pembangunan rangka pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ketiga-tiga domain dalam menentukan hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
domain name system (DNS)sistem nama domain (DNS)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerSistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2.
domain-referenced assessmentpentaksiran rujukan domainPendidikanTiadaPentaksiran yang direka bentuk untuk menyediakan maklumat tentang pembelajaran pelajar dalam domain kandungan yang spesifik.
typosquattingjebakan tipoTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKeadaan apabila pengguna web tersilap menaip ejaan nama domain semasa membuat carian lalu mereka didorong untuk melayari laman web lain yang serupa dengan nama domain yang didaftarkan dan terkenal.
eminent domainkuasa pemiliknegaraanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKawalan kerajaan ke atas semua harta tanah.
eminent domainkuasa pemgambilan balik tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
cognotechnologykognoteknologiFizikNanoteknologiBidang teknologi terkini yang digunakan untuk kognitif domain hasil daripada gabungan antara nanoteknologi, bioteknologi dan teknologi maklumat. Contohnya, penggunaan nanoteknologi dalam implan otak untuk membolehkan otak yang rosak berfungsi secara normal.
subject matter expert (SME)pakar bidang subjek (SME)Teknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang berautoriti dalam sesuatu domain atau topik subjek. Dalam konteks e-pembelajaran, mereka ialah pakar rujuk kepada kandungan kursus.
hiatushiatusSains MarinTiadaRenggangan pada jujukan stratigrafi batuan. Renggangan ini dikaitkan dengan jumlah selang skala masa geologi yang tidak diwakili oleh strata pada posisi yang dikenal pasti pada permukaan stratigrafi. Hiatus dikategorikan kepada tiga domain masa yang berlainan, iaitu deposit sifar, hakisan dan bahan material yang telah dialihkan.
12

Kembali ke atas