domestik news | berita dalam negeri | Komunikasi | Tiada | Berita mengenai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah negeri dan mempunyai nilai berita. |
domestic influence | pengaruh domestik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kuasa persekitaran dalaman yang boleh menentukan matlamat, hala tuju, dasar, pendekatan dan keberkesanan organisasi. Pengaruh domestik biasanya berkait rapat dengan persekitaran dalaman organisasi seperti keupayaan staf, pengurusan, stail kepimpinan, kemudahan infrastruktur, program yang dilaksanakan, budaya organisasi, perhubungan dan komunikasi interpersonal, sikap dan motivasi staf, kemudahan pembelajaran dan peningkatan kemahiran. Kuasa ini juga berkait rapat dengan persekitaran luaran seperti kemajuan teknologi, gaya hidup, persaingan, kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, persekitaran sosial dan perubahan pasaran buruh. Pengaruh domestik boleh membawa kesan yang positif atau negatif kepada keupayaan sesebuah organisasi. |
armed conflict | konflik bersenjata | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Persengketaan yang melibatkan penggunaan senjata, sama ada bersifat domestik atau antarabangsa. Konflik bersenjata domestik berlaku antara pihak dalam sesebuah negara atas sebab perbezaan agama, ideologi dan etnik. Konflik bersenjata antarabangsa pula berlaku antara dua atau lebih negara. Konflik bersenjata domestik boleh bertukar menjadi perang saudara sekiranya pihak-pihak yang bersenjata menguasai wilayah tertentu. Dalam keadaan ini, mereka telah menjadi pihak yang berperang dan boleh diberikan hak dan dikenakan tanggungjawab oleh undang-undang antarabangsa. |
domestic affairs | hal ehwal domestik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Urusan dalaman bagi sesebuah organisasi. Hal ehwal domestik merangkumi pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat dan gaji, transaksi kewangan, urusan cuti, pertukaran kerja dan kebajikan anggota organisasi. Segala hal ehwal dalaman ini tidak boleh melibatkan sebarang campur tangan pihak luar organisasi. Contoh, dalam urusan kenaikan pangkat, pihak pengurusan atasan bertanggungjawab membuat segala keputusan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. |
domestic | domestik/ dalam negeri | Geografi | Tiada | Tiada |
domestic | domestik/ dalam negeri | Sains Politik | Tiada | Tiada |
domestic | domestik/ dalam negeri | Undang-undang | Tiada | Tiada |
domestic animal | haiwan domestik | Geografi | Tiada | Haiwan jinak yang hidup di bawah jagaan manusia. |
domestic bank | bank domestik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
domestic banking | perbankan domestik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |