Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb): kita sering terjumpa cerita yg mengisahkan bagaimana suatu kaum yg lebih ~ itu mempergunakan kaum lain sbg ‘buffer’ dlm suatu pertembungan; terdapat juga akhbar dwibahasa Inggeris/Melayu, bagaimanapun halaman bahasa Inggeris lebih ~; 2. (Bio) bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk (ibu bapa bagi manusia): warna perang pd rambutnya merupakan sifat ~ yg diwarisi drpd ibunya; 3. (Bio) bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.mi.nan] | دومينن

Definisi : ist 1 bkn sifat yg lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi drpd salah satu induk, misalnya ibu atau bapa bagi manusia. 2 bkn banyaknya spesies tertentu dlm sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dominan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epistasisepistasisBioinformatikBioinformatik MolekulBentuk pewarisan bukan Mendelian apabila satu alel bagi satu gen boleh mengganggu pengekspresan alel yang satu lagi. Fenomena interaksi antara alel-alel ini memberi kesan kepada fenotip. Terdapat tujuh jenis interaksi, iaitu dominan, resesif, perencatan dominan, dominan resesif, interaksi gen polimorfik, dominan pendua dan resesif pendua.
complete dominancedominan lengkapPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk interaksi gen dalam keadaan heterozigus. Dominan lengkap akan memperlihatkan sepenuhnya alel dominan dan merencatkan alel resesif yang seterusnya menghasilkan fenotip dominan.
incomplete dominancedominan tak lengkapPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk pewarisan pertengahan bagi haiwan yang mempunyai alel dominan dan resesif (heterozigus). Dalam dominan tak lengkap, salah satu alel tidak akan memberikan kesan fenotip dengan menyingkirkan kesan alel yang kedua, tetapi kesan fenotip yang terhasil ialah percampuran kedua-dua alel tersebut.
exposed octaveoktaf dedahKesenianTiadaPergerakan kord dominan ke kord tonik. Contohnya pergerakan (a) kord dominan ke kord tonik, (b) kord tonik ke kord subdominan. Bahagian atas bergerak secara bertangga dalam duaan dan bahagian bes menaik ke tangga keempat atau turun ke tangga kelima.
one-party dominantdominan satu partiSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang dikuasai oleh sebuah parti yang sering kali berjaya menguasai sesebuah kerajaan. Walaupun pelbagai parti dibenarkan bersaing dalam pilihan raya, namun parti dominan ini yang pasti menang. Kemenangan yang dicapai membolehkan parti ini memperkukuhkan kedudukannya dengan menguasai segala agensi pemerintahan serta memastikan penguasaannya dalam pilihan raya akan datang. Contohnya, sebuah parti tunggal seperti Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura atau parti gabungan Barisan Nasional di Malaysia.
autosomal genesgen autosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGen yang terletak di kromosom sel tubuh (somatik) dan bukan kromosom seks. Gen autosom dikategorikan sebagai gen autosom dominan dan autosom resesif. Contoh gen autosom dominan ialah lembu yang tidak bertanduk, manakala contoh gen autosom resesif ialah lembu yang bertanduk. Warna putih pada bulu kambing juga dikawal oleh gen autosom dominan. Gen autosom mempunyai kesan yang sama terhadap haiwan jantan atau betina.
two-party systemsistem dua partiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem parti yang memiliki dua parti yang dominan bersaing dan bersilih ganti menguasai kerajaan. Walaupun begitu, terdapat juga parti-parti lain bersaing dalam negara ini tetapi biasanya hanya salah satu daripada dua parti yang dominan ini berkuasa. Contohnya, di United Kingdom hanya Parti Buruh dan Parti Konservatif yang silih berganti menguasai kerajaan walaupun dalam negara itu terdapat juga Parti Demokratik Sosial dan Parti Demokratik Liberal.
dominancedominanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPerhubungan antara alel pada satu gen yang mengakibatkan kesan fenotip satu alel menyingkirkan kesan fenotip alel yang lain.
dominantdominanKejururawatanTiadaPerihal gen yang sifatnya diwarisi dan dapat dilihat pada seseorang individu.
dialogismdialogimeKesusasteraanTiadaKeadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni.
12345

Kembali ke atas