victim precipitation theory | teori dorongan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori viktimologi yang diasaskan oleh Wolfgang yang menjelaskan punca seseorang menjadi mangsa akibat interaksi mangsa dengan pesalah seperti mangsa mewujudkan peluang, memberi dorongan secara langsung secara aktif atau pasif, atau provokasi daripada mangsa. |
active precipitation | dorongan aktif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori pemangsaan jenayah yang menyatakan bahawa sesuatu jenayah berlaku terhadap mangsa disebabkan oleh tindakan yang dimulakan oleh mangsa itu sendiri. Contohnya, tindakan mangsa memprovokasi penyerang dengan mengeluarkan kata-kata kesat menyebabkan mangsa tersebut dibunuh. |
victim precipitation | dorongan mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau keadaan apabila seseorang individu mendorong pelaku melakukan jenayah secara aktif atau pasif terhadapnya. Contohnya, seorang wanita yang memakai barang kemas yang berlebihan sehingga mendorong peragut. Contoh lain ialah seorang lelaki melontarkan kata-kata kesat kepada sekumpulan samseng sehingga dirinya dibelasah oleh kumpulan tersebut. |
passive precipitation | dorongan pasif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu keadaan pemangsaan jenayah yang berlaku bukan disebabkan oleh tindakan mangsa secara langsung tetapi disebabkan oleh keadaan luaran yang ada kaitan dengan mangsa sehingga mendorong pelaku untuk melakukan jenayah atau serangan terhadap mangsa tersebut. Contohnya, pemakaian barang kemas yang keterlaluan oleh mangsa mengakibatkan mangsa menjadi sasaran peragut. |
motivational interviewing | dorongan kendiri | Umum | Tiada | Tiada |
insider adversary | musuh dalaman | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Orang dalam yang melakukan kegiatan berniat jahat dengan kewarasan, tujuan dan dorongan yang jelas. |
unwitting insider | orang dalam tak bersengaja | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Orang dalam yang melakukan perbuatan berniat jahat tanpa sengaja, tanpa dorongan dan tanpa kewarasan kerana dipergunakan oleh musuh. |
age at sexual maturity | umur kematangan seks | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat umur bagi haiwan jantan atau betina yang sudah bersedia dan mampu untuk membiak. Umur kematangan seks setiap haiwan berbeza-beza mengikut jenis dan baka. Umur ini mungkin dicapai melalui dorongan tumbesaran atau pertukaran fizikal lain yang boleh membezakan haiwan matang dengan tidak matang. Contohnya, umur kematangan seks lembu betina ialah 9 - 22 bulan manakala lembu jantan 9 - 10 bulan. |