Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dos] | دوس

Definisi : akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : IB 1. kotak drpd kertas tebal; 2. kertas tebal, kadbod, kardus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : kuantiti tertentu ubat terapeutik yg di­ambil pd sesuatu masa; ~ maut dos yg me­lebihi sukatan ubat dsb yg ditetapkan yg boleh menyebabkan kematian kpd manusia, bi­natang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dos] | دوس

Definisi : ist singkatan bagi disc operating system (sistem pengendalian cakera). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[dos] | دوس

Definisi : sukatan ubat yg ditentukan atau yg disarankan (oleh doktor dsb) yg perlu diambil pd sesuatu masa. ~ maut dos yg melebihi sukatan yg ditentukan, yg boleh menyebabkan kematian manusia atau haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dos


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
effective dosedos berkesanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJumlah dos sinaran yang diterima oleh keseluruhan tubuh untuk memberikan kesan kesihatan kepada individu. Jumlah dos berkesan yang diterima oleh individu dikira dengan mengira purata dos setara untuk tisu badan yang berbeza dengan mendarabkan faktor pemberat W bagi menggambarkan kesan yang berbeza-beza ke atas tisu yang berlainan. Formula bagi dos berkesan diberi sebagai E = WH, E = Dos berkesan W = Faktor pemberat H = Dos setara
equivalent dosedos setaraTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikHasil darab dos terserap, D bagi tisu dan faktor kualiti, Q. Dos setara, E boleh diungkapkan sebagai E = DQ. Nilai Q bersandar pada jenis sinaran, dengan Q = 1 untuk sinar-X, sinar gama dan zarah beta, manakala untuk proton, neutron dan zarah alfa, nilainya lebih besar daripada 1. Unit bagi E ialah Sievert (SV) dan D ialah gray. Dos setara 1 Sv untuk seluruh badan boleh menyebabkan sedikit perubahan pada darah, manakala 2.5 Sv boleh menyebabkan kehilangan rambut, loya, atau kematian bagi kebanyakan kes. Lihat juga dos berkesan.
pocket dosimetermeter dos poketTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikAlat yang digunakan untuk memantau dos sinaran terkumpul pekerja sinaran. Alat ini boleh dipakai pada poket baju dan digunakan untuk memantau dos individu tersebut semasa bekerja dalam kawasan sinaran. Bacaan yang diberikan tidak kekal dan akan hilang apabila disetkan semula. Bacaan sebelum dan selepas bekerja perlu direkodkan agar dos yang diterima oleh individu tersebut dapat diketahui statusnya.
posologyposologiHerbaTiadaPengetahuan tentang jumlah atau kuantiti dos bahan herba yang digunakan dalam perubatan. Penggunaan bahan herba melebihi dos yang ditetapkan boleh menyebabkan mudarat atau kesan sampingan. Contohnya, dos maksimum 12 g daun kering misai kucing digunakan dalam satu hari.
toxicological datadata toksikologiHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat berkaitan dengan kajian tentang kesan toksik produk herba dalam julat dos terapeutik dan dos yang lebih tinggi. Data toksikologi merupakan prasyarat bagi ujian klinikal.
lethal dosedos mautFarmasiTiadaDos sesuatu drug atau bahan bioaktif yang boleh menyebabkan maut, biasanya bergantung pada tahap ketoksikannya.
cumulative dosedos kumulatifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJumlah dos terkumpul yang diterima oleh pekerja sinaran radiografi. Hal ini berlaku disebabkan oleh dedahan yang berulang-ulang dalam satu tempoh masa tertentu.
metered-dose inhaler (MDI)alat sedut dos bermeterSains KesihatanTiadaAlat sedut yang dapat membebaskan sukatan dos dengan tepat.
As Low As Reasonably Achievable (ALARA)dos terendah munasabah dicapai (ALARA)Teknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKonsep yang digunakan untuk mengurangkan dos dedahan terhadap pancaran sinar pengionan ke tahap yang paling minimum. Terdapat tiga faktor dalam konsep ini, iaitu tempoh dedahan, jarak daripada sumber sinaran dan bahan perisai.
excipienteksipienHerbaTiadaBahan lengai yang ditambah dalam suatu formulasi herba. Eksipien berfungsi sebagai pencair, pembawa, pembentuk dos atau bahan yang memelihara ketekalan suatu ramuan dalam sesuatu bentuk dos herba. Contoh eksipien ialah laktosa, kanji gandum, agar-agar, gelatin dan madu.
12345

Kembali ke atas