Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[draf] | درف

Definisi : 1. tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih; mereka ditugaskan me­nyusun ~ kamus dwibahasa; 2. perintah bertulis utk bayaran wang oleh bank, ter­utamanya drpd satu bank kpd satu bank lain; ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank; mendraf membuat atau menyediakan draf (surat, karangan, dsb): dia sedang ~ surat utk dihantarkan kpd Jabatan Hasil Dalam Ne­geri; mendrafkan mendraf sesuatu utk: saya tidak keberatan ~ mereka perjanjian itu; pendrafan perihal (proses atau perbuatan) mendraf atau menyediakan draf: kerja ~ entri baru kamus pelajar sedang giat dijalankan; pendraf orang yg membuat atau menye­diakan tulisan (nota, surat, karangan, dll) yg dibuat secara kasar: beberapa latihan intensif telah dijalankan utk para ~ entri kamus baru itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[draf] | درف

Definisi : karangan (surat, lukisan dll) yg mula-mula dibuat utk disalin semula: Saya sedang menyemak ~nya. mendraf membuat draf (karangan, surat, lukisan dll): Dia sedang ~ surat utk dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. pendrafan perbuatan atau hal mendraf: ~ entri baru kamus tsb sedang giat dijalankan. pendraf orang yg membuat draf atau yg menyediakan draf: ~ entri kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[draf] | درف

Definisi : pemberian kuasa secara bertulis utk membayar sejumlah wang oleh pihak bank: ~ bank draf yg dikeluarkan oleh bank. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata draf


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bank draft, banker's draftdraf bankEkonomiTiadaCek yang boleh dibayar atas permintaan bank yang mengeluarkan draf bank tersebut. Oleh sebab draf bank ini dikeluarkan oleh bank berkenaan itu sendiri, maka draf bank itu boleh dianggap sebagai wang tunai. Ini kerana jumlah wang yang tercatat pada draf bank dijamin ada dalam simpanan bank. Sinonim cek bak.
banker�s chequecek bankEkonomiTiadaLihat draf bank.
credit instrumentalat kreditEkonomiTiadaSebarang dokumen yang melibatkan pemindahan wang daripada seorang individu kepada seorang individu yang lain. Misalnya, cek, nota janji, draf, surat kredit, wang pos, dan kiriman wang.

Kembali ke atas