Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dua

Puisi
 

Mana berantai mana tidak,
     Berjalan dua berantai dua;
Di mana kasih di mana tidak,
     Badan satu kekasih dua.


Lihat selanjutnya...(179)
Peribahasa

Dua kali dua empat.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pantun dua keratpantun dua keratKesusasteraanPuisiPantun yang hanya terdiri daripada dua baris saja dalam setiap untai atau rangkap. Lazimnya setiap baris pantun dua kerat ini terdiri daripada empat perkataan yang rima hujung setiap baris itu serima. Contohnya, Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Sinonim pantun kilat, karmina.
two-barrel carburetorkarburetor dua larasKejuruteraan AutomotifEnjinKarburetor yang mempunyai dua laras tunggal karburetor dalam satu pemasangan. Terdapat dua jenis penggunaan karburetor dua laras, iaitu pertama, membekalkan campuran kepada separuh daripada bilangan silinder enjin seperti yang digunakan dalam V-8 enjin. Satu laras untuk membekalkan bahan api kepada silinder nombor 2, 3, 5 dan 8 manakala satu lagi membekalkan silinder nombor 1, 4, 6 dan 7. Kedua, barel utama membekalkan campuran bahan api kepada silinder yang sama sehingga injap pencekiknya terbuka melebihi 45° bukaan. Kemudian injap pencekik barel kedua mula terbuka dan bahan api tambahan dibekalkan melalui kedua-dua barel.
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
identical rhymerima kembarKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan. Suku kata pertama dan kedua-dua perkataan itu harus mendapat tekanan, diikuti dengan suku kata kedua tanpa tekanan. Contoh rima kembar dalam sistem Inggeris adalah seperti yang berikut: ... dreaming/ ... streaming ...tarry/ ...marry, ...motion/ ... motion. Rima kembar dikenali juga sebagai rima feminin. Lihat juga rima feminin.
double beam spectrophotometerspektrofotometer dua alurKimiaKimia AnalisisSpektrofotometer yang mempunyai dua alur cahaya yang berasal daripada satu sumber yang dipecahkan kepada dua. Satu litar fotoelektrik digunakan untuk mengukur perbezaan serapan apabila dua alur cahaya tadi melalui suatu medium yang sama.
dicentric chromosomekromosom disentrikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu bentuk kromosom yang abnormal dan mempunyai dua sentromer (tempat pelekatan dua kromatid bersaudara). Kromosom disentrik terbentuk hasil daripada pelekatan dua segmen kromosom yang setiap satunya mempunyai sentromer yang mengakibatkan kehilangan bahagian kromosom lain.
double decompositionpenguraian ganda duaNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanTindak balas penguraian antara dua sebatian yang berlaku dalam larutan. Setiap sebatian saling bertukar tempat untuk membentuk dua sebatian baharu melalui proses pertukaran ion/radikal. Tindak balas ini terdiri daripada dua jenis iaitu tindak balas pemendakan dan tindak balas neutralisasi. Pepejal akan terbentuk hasil daripada tindak balas pemendakan.
distich/distichondwibarisKesusasteraanPuisiBentuk puisi yang berdasarkan kedudukan bait atau rangkap iaitu semua rangkapnya, terdiri daripada dua baris. Puisi dua baris yang paling jelas ialah pantun dua kerat. Contohnya, Emas perak tembaga suasa, Malas bergerak tidak merasa.
feminine rhymerima femininKesusasteraanTiadaRima yang terdiri daripada dua suku kata dalam dua perkataan yang tidak diberikan tekanan dalam sebut. Contohnya: Com/ing,go/ing. Lihat juga rima kembar.
four barrel carburetorkarburetor empat larasKejuruteraan AutomotifEnjinKarburetor yang mempunyai empat buah injap pendikit yang dipasang dalam bentuk dua laras secara bersebelahan. Karburetor ini terdiri daripada dua laras primer dan dua laras sekunder. Laras primer mengendalikan kesemua silinder enjin sehingga injap pendikit berada dalam keadaan buka penuh, seterusnya laras sekunder akan terbuka dan membekalkan campuran udara- bahan api tambahan untuk operasi pecutan dan kuasa penuh.
12345678910...

Kembali ke atas