additive world | dunia aditif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang lengkap, mewah dan beraneka ragam, dan lebih menyerlah daripada dunia realiti, yang memerihalkan bahawa realiti ialah dunia aditif, dunia substraktif dan dunia kontrasif. |
parallel world | dunia sejajar | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fantasi yang wujud dan selari dengan dunia nyata. Dunia sejajar boleh ditemui dalam karya fantasi dan fiksyen sains. Dunia sejajar juga ditemui dalam puisi, contohnya puisi �Sofourns in the Parallel World� oleh Denise Levertor. |
secondary world | dunia sekunder | Kesusasteraan | Tiada | Dunia yang dicipta oleh se pencerita dalam karyanya. Dunia sekunder mempunyai hukum logik dan kewajaran tersendiri yang membentuk sistem kepercayaan dunia tersebut. Kini, definisi dunia sekunder membawa makna yang lebih sempit. Hal ini demikian kerana dunia ini sering digunakan untuk merujuk kepada suasana yang dicipta oleh penulis cerita fantasi dan hikayat penglipur lara. Contohnya dalam karya berjudul The Lord of the Rings karya J.R.R. Tolkien. |
distance marker | penanda jarak | Kesusasteraan | Tiada | Elemen teks yang dimanipulsi oleh penulis untuk mengedarkan pembaca. Pembaca disedarkan tentang kehadiran dua dunia yang berbeza, iaitu dunia yang dikenali dan dunia yang tidak dikenali. Penggunaan element teks seperti ini biasanya terdapat dalam karya sains fiksyen dan fantasi. Contohnya, novel bertajuk The Time Machine oleh H. G. Wells. Apabila protagonisnya, iaitu seorang pengembara yang dapat merentasi jarak dan masa, menemui artifak pada zamannya, maka penemuan artifak tersebut merupakan penanda jarak antara dunia kini dengan dunia futuristik. |
contrastive world | dunia kontrastif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia fiksyen yang memerihalkan realiti seharian dengan menampilkan dua realiti yang saling kontras. Dua realiti yang dimaksudkan ialah dunia yang dicipta berdasarkan realiti seharian dan fantasi. Dunia kontrastif kerap ditemui dalam fiksyen sains dan naratif fantasi. Lihat juga dunia aditif. |
subtractive world | dunia subtraktif | Kesusasteraan | Tiada | Dunia pengkaryaan yang mencapai kesan fantasinya melalui penyingkiran sebahagian besar realiti kehidupan manusia. Karya jenis ini mengabaikan hukum sebab akibat bagi semua peristiwa. Dunia subtraktif dikenali juga sebagai dunia sisihan. |
augmented reality (AR) | realiti terimbuh (AR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Persekitaran buatan yang terhasil daripada gabungan dunia sebenar dengan dunia janaan komputer bagi meningkatkan pengalaman dunia sebenar pengguna. Pelaksanaan AR memerlukan peranti paparan yang bersesuaian seperti telefon pintar dan tablet. Dalam konteks pendidikan, AR digunakan sebagai alat bantu mengajar terutamanya yang melibatkan simulasi dan amali. |
world government | kerajaan dunia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang inginkan satu pemerintahan mentadbir keseluruhan dunia tanpa sempadan negara. Fahaman ini melihat kewujudan negara yang berbilang akan menimbulkan konflik dan persaingan. Oleh itu, fahaman ini mencadangkan agar dunia ditadbir oleh satu kerajaan yang disebut sebagai kerajaan dunia. Secara tidak langsung, fahaman ini berpegang kepada gagasan keamanan, kestabilan, keharmonian dan tidak suka pada sebarang bentuk konflik. |
fantastic | fantastik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898). |
individual classification | klasifikasi perseorangan | Sukan | Lumba Basikal | Pengelasan perseorangan dalam kedudukan piala dunia atau kejohanan dunia, mengikut penilaian UCI. |