Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dus.ta] | دوستا

Definisi : 1. bohong, tidak benar: katanya dia se­dang sakit tetapi itu adalah ~ semata-mata; 2. = berdusta berkata yg tidak benar: masih kecil lagi sudah pandai ~; mendusta membuat dusta, bercakap bohong, berkata tidak benar; mendustai membuat dusta kpd, berbohong kpd, membohongi: tidak baik kita ~ orang tua kita; mendustakan menganggap dusta (tidak benar, bohong): janganlah hendaknya anak-anak kita tergamak ~ ajaran alim ulama itu; kedustaan perihal dusta, sesuatu yg dusta, kebohongan: kejujuran adalah sesuatu amanah, dan ~ adalah suatu khianat; pendustaan perihal mendustai, pem­bo­hongan: ~ dan pembohongan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW; pendusta orang yg suka berdusta, pem­bohong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dus.ta] | دوستا

Definisi : tidak benar (bkn perkataan dll); bohong: Tuduhan itu ~ semata-mata kerana tidak ada buktinya. berdusta berkata tidak benar; berbuat dusta: Kalau dr kecil sudah pandai ~, apa lagi kalau sudah besar. mendustai membuat dusta kpd (terhadap); bercakap bohong kpd: Kita dilarang ~ sesiapa saja. mendustakan menganggap dusta (bohong); membohongkan: Janganlah ~ ajaran-ajaran agama. kedustaan perihal dusta; sesuatu yg dusta: Kejujuran ialah amanah dan ~ ialah khianat. pendustaan perbuatan mendustai atau mendustakan: ~ dan pembohongan dilarang sama sekali. pendusta orang yg (suka atau selalu) mendustai orang lain; pembohong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dusta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.

Kembali ke atas