E-mail (electronic mail) | E-mel (mel elektronik) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej dan lampiran dokumen elektronik dari peranti elektronik ke satu peranti elektronik lain. |
e-mail | e-mel | Komputer | Tiada | Tiada |
e-mail | e-mel | Teknologi Maklumat | Tiada | Memo, surat dan mesej yang dihantar secara elektronik daripada pengguna komputer kepada pengguna komputer melalui rangkaian Intranet dan Internet. Penghantaran ini berlaku dalam beberapa saat walaupun dihantar ke komputer yang terletak |
junk e-mail | e-mel remeh | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Lihat penspaman. |
push e-mail | e-mel semerta | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Sistem mel elektronik berkeupayaan kekal untuk pemindahan e-mel baharu secara aktif dan terus kepada pelanggan mel. |
e-mail address | alamat e-mel | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan pergerakan unit yang mengandungi nama pengenalan pengguna, nama hos dan nama domain yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima e-mel. |
fraudulent e-mail | e-mel tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sejenis penipuan yang dilakukan secara sengaja dengan menggunakan e-mel sebagai medium untuk mengaut keuntungan atau mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu atau organisasi. Contohnya, e-mel yang dihantar kepada seseorang berkaitan dengan pewarisan harta walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan harta tersebut. |
e-mail harvesting | pungutan e-mel | Teknologi Maklumat | Perisian | Proses automatik yang menggunakan perisian bot untuk menggelintar alamat e-mel yang terdapat pada laman web. Kemudian, alamat e-mel ini dipungut dan diletakkan ke dalam pangkalan data yang akan digunakan untuk menghantar e-mel yang tidak diminta. |
e-mail bomb | bom e-mel | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan penafian khidmat yang melibatkan penghantaran bilangan e-mel yang amat banyak dan besar kepada suatu sasaran. Serangan ini menyebabkan ruangan e-mel yang diumpukkan kepada seseorang pengguna digunakan sepenuhnya dan pengguna tersebut tidak dapat menerima e-mel yang sah. Bom e-mel mampu melumpuhkan sistem komputer yang disasarkan kerana perlu memproses penerimaan e-mel yang terlalu banyak dan di luar keupayaannya. Bom e-mel juga merupakan kesan sampingan daripada serangan melalui e-mel secara automatik oleh kod hasad. Contohnya, serangan oleh cecacing Nimda atau virus Lovebug. |
mail bomb | bom mel | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. |