Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata efisyen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil service restructuringpenstrukturan semula perkhidmatan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Proses penyusunan dan pengemaskinian struktur perkhidmatan awam yang sedia ada kepada satu struktur baru yang lebih cekap, efisyen, efektif dan terkini. Proses ini melibatkan penutupan beberapa agensi yang bertindih dan kurang cekap serta penyusunan semula beberapa agensi agar sesuai dengan fungsi dan objektif baru. Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti Biro Pengaduan Awam (BPA), Ruangan Pendapat Pembaca di akhbar tempatan dan talian aduan yang memberi ruang kepada orang ramai untuk menyampaikan maklum balas, aduan, teguran dan cadangan. Di samping itu, beberapa kementerian dan jabatan baru telah ditubuhkan serta distrukturkan semula sesuai dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan integriti perkhidmatan awam.

bureaucracy performanceprestasi birokrasiPentadbiranPentadbiran Awam

Tahap pencapaian mutu kerja dan pelaksanaan bidang tugas dalam organisasi pentadbiran. Tahap ini boleh diukur bagi menilai peranan dan fungsi birokrasi dalam mencapai sasaran. Prestasi birokrasi yang efisyen dan efektif akan membawa kepada kemajuan perkhidmatan dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh itu, tahap dan pencapaian birokrasi perlu dinilai, diselenggara dan ditingkatkan dari masa ke semasa, khususnya dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat. Sebagai contoh, pengiktirafan sijil ISO boleh dianggap sebagai memenuhi tahap prestasi birokrasi yang cemerlang.

communication skillkemahiran komunikasiPentadbiranPentadbiran Awam

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan maklumat yang ada pada individu tertentu. Kemahiran komunikasi ini penting dalam pentadbiran agar segala maklumat, mesej serta maksud yang tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan dapat difahami dengan mudah dan jelas. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dapat berinteraksi dengan cara lisan dan bertulis dengan lebih berkesan. Seorang penjawat awam perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif dan efisyen.


Kembali ke atas