city state | negara kota | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang bersifat bandar dan mempunyai kerajaan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Konsep ini berkembang pada zaman tamadun Greek sehinggalah kepada era kemunculan empayar Roman. Pada era itu, wujud beberapa negara kota yang dikenali sebagai Polis. Setiap Polis bertanggungjawab terhadap urusan hal ehwal dalaman dan juga luaran masing-masing serta mempunyai angkatan pertahanan sendiri. Majoriti masyarakat yang tinggal di negara kota mendiami kawasan pedalaman, tetapi tidak jauh dari kawasan pusat pentadbiran yang dikenali sebagai pusat sivik yang mempunyai kemudahan seperti pasar, gymnasium dan juga taman rekreasi. Struktur masyarakat negara kota terbahagi kepada beberapa lapisan yang terdiri daripada golongan pemerintah, intelektual, perwira dan juga hamba. Taraf kewarganegaraan di setiap negara kota ditentukan melalui tempat kelahiran seseorang. Selain itu, setiap negara kota juga mempunyai amalan kepercayaan, budaya dan adat masing-masing. Contoh negara kota yang pernah wujud pada zaman Greek ialah negara kota Sparta dan Athens. |
Council of Rulers | MajIis Raja-raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja. |
indemnity company | syarikat indemniti | insurans | Tiada | Syarikat insurans yang menguruskan hal ehwal kemalangan dan malapetaka. |
self-determination | penentuan nasib sendiri | Sains Politik | Politik Perbandingan | Menguruskan pentadbiran hal ehwal negara tanpa bantuan pihak lain setelah mencapai kemerdekaan. Negara ini perlu menentukan sendiri semua urusan ekonomi, sosial dan politik. Walaupun begitu, negara ini turut melakukan hubungan kerjasama atau menganggotai pelbagai organisasi antarabangsa. Contohnya, Malaysia yang telah merdeka kini telah berupaya berusaha untuk menentukan nasibnya sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kuasa luar. |
exhibit manager | pengurus pameran | Pelancongan | Tiada | Individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pameran produk pelancongan. |
corporate travel manager | pengurus perjalanan korporat | Pelancongan | Tiada | Pegawai yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan perjalanan seseorang pegawai dalam syarikat. |
parentification | pengibubapaan | Sosiologi | Tiada | Proses pembalikan peranan daripada ibu bapa kepada anak, apabila anak bertindak sebagai ibu bapa dalam menguruskan hal ehwal keluarga. |
personal learning environment (PLE) | persekitaran pembelajaran peribadi (PLE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem yang membantu seseorang individu dalam mengurus tadbir hal ehwal pembelajarannya termasuk bahan pembelajaran, komunikasi bersama guru dan pelajar lain, tugasan, dan semua hal yang bersesuaian dengan proses pembelajaran individu tersebut. |
suzerain state | negara dipertuan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan sebuah negara terhadap negara lain tetapi memberi kebebasan kepada negara tersebut menguruskan soal dalamannya sahaja. Urusan hal ehwal luar, diplomatik dan ekonomi antarabangsa semuanya dikuasai oleh negara penguasa ini. Keadaan yang bersifat naungan ini melambangkan kedudukan yang lebih superior negara penguasa dan kedudukan yang rendah dan lemah negara yang dikuasai. |
central government | kerajaan pusat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah di peringkat nasional dalam sebuah negara persekutuan. Pemerintah ini mempunyai bidang tugas yang tertentu dan khusus sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara masing-masing. Antara bidang tugas utama pemerintah pusat ialah hal ehwal pertahanan negara, urusan hubungan diplomatik antarabangsa serta mewakili negara dalam menandatangani sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa. Sementara di peringkat nasional, kerajaan pusat bertanggungjawab memastikan hal ehwal keselamatan daIam negara terjamin, pembangunan infrastruktur yang baik, kewangan yang mantap dan pendidikan yang maju. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan di peringkat negeri . |