Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : /éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksport


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
visible exporteksport nampakEkonomiTiadaEksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik.
export taxcukai eksportEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport.
CIFCIFEkonomiTiadaSingkat bagi Cost, Insurance, and Freight yang membawa maksud bahawa kos, insurans, dan belanja pengangkutan dibayar oleh pengimport sebaik sahaja barang tiba di negara pengimport. Dalam merekodkan urus niaga import-eksport, data eksport selalunya dicatat FOB dan data import dicatat CIF. Catatan import CIF meliputi kos barang import dan juga perbelanjaan insurans dan kos pengangkutan bagi barang tersebut.
invisible exporteksport tak nampakEkonomiTiadaEksport perkhidmatan, seperti perkhidmatan perkapalan, penerbangan, pelancongan, dan insurans.
export dutyduti eksportEkonomiTiadaLihat cukai eksport.
exporteksportEkonomiTiadaPenjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans.
export base theoryteori berasaskan eksportPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTeori pertumbuhan wilayah yang ditentukan oleh eksploitasi sumber jaya dan pertumbuhan asas eksport wilayah dipengaruhi oleh tingkat permintaan luaran.
reexporteksport semulaEkonomiTiadaUrus niaga perdagangan antarabangsa yang melibatkan pembelian komoditi dari satu negara asing, dan penjualan barang yang sama ke negara lain, tanpa perubahan yang besar dari segi kandungan dan bentuk fizikal. Selalunya aktiviti ini melibatkan perdagangan komoditi seperti bahan mentah, makanan, minuman, dan tekstil. Misalnya, daun teh yang diimport dalam bentuk daun kering kemudiannya dieksport semula dalam bentuk saiz yang kecil atau serbuk halus, yang mudah digunakan untuk membuat minuman.
net exporteksport bersihEkonomiTiadaNilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negeri yang dijual kepada negara asing, dan ditolak nilai semua barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh negara asing yang dibeli oleh pemastautin tempatan.
food protectionismperlindungan makananMakanan dan PemakananTiadaDasar kerajaan dalam menyekat eksport bekalan makanan bagi memastikan bekalan makanan domestik mencukupi.
123

Kembali ke atas