equity financing | pembiayaan ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang diberikan oleh pemilik modal (rabbul mal) kepada mudarib berasaskan ekuiti. Ekuiti ini menggunakan prinsip mudarabah dan musyarakah. Bentuk pembiayaan ini membolehkan mudarib memperoleh dana tanpa berhutang. Hal ini bermakna mudarib tidak perlu membayar semula dana pada jumlah dan tempoh masa tertentu. Namun begitu, kelemahan utama pembiayaan ekuiti ini ialah faedah yang diterima sebagai pemilik menjadi semakin kurang dan kemungkinan berlakunya kehilangan kawalan ke atas perniagaan setelah bilangan rabbul mal bertambah. |
tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |
equity-linked securities | sekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan. |
equity-derivative securities | sekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuiti | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti yang terbit daripada urus niaga dalam ekuiti yang menggantungkan nilainya secara keseluruhan atau sebahagiannya ke atas ekuiti berkenaan. |
acquired equity | ekuiti diperoleh | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemilikan ekuiti yang sementara bagi membiayai projek tertentu. Ekuiti digunakan oleh syarikat untuk memenuhi keperluan pembiayaan dan akan dikembalikan kepada pelabur selepas tempoh tertentu. Pengeluaran ekuiti ini adalah untuk membezakannya dengan ekuiti yang disumbangkan oleh pemegang saham biasa. Contohnya, ekuiti yang boleh ditebus semula. |
equity instrument | instrumen ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan pemilikan terhadap aset entiti perniagaan. Instrumen ekuiti ini digunakan oleh entiti perniagaan untuk mendapatkan sebahagian dana bagi memulakan dan mengembangkan operasi. Contohnya, modal saham, saham keutamaan, waran dan pembiayaan ekuiti. Semua instrumen ekuiti tersebut menepati prinsip syariah. |
equity-derivative securities | sekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuiti | Ekonomi | Tiada | Tiada |
equity-linked securities | sekuriti terbitan ekuiti/sekuriti derivatif ekuiti | Ekonomi | Tiada | Tiada |
equity management | pengurusan ekuiti | Pengurusan | Perancangan | Bidang pengurusan yang merujuk pertimbangan dan keputusan yang diambil oleh pihak berkenaan dalam organisasi berkaitan pengurusan dana yang dilaburkan dalam pemilikan sesebuah perniagaan. Pengurusan ekuiti bertujuan untuk memaksimumkan pulangan dan mengembangkan pegangan ekuiti yang sedia ada. Di samping itu, pengurusan ekuiti bertujuan untuk mengelakkan sebarang risiko boleh jangka yang berkemungkinan menjejaskan pulangan yang diterima atas sesuatu pelaburan. |
equitable principle | prinsip ekuiti | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Prinsip yang diberikan ciri keadilan dan kewajaran oleh ekuiti. Contohnya, prinsip sama jarak, akur siratan dan estopel tingkah laku. Prinsip ekuiti termasuk dalam prinsip am undang-undang yang menjadi salah satu sumber undangundang antarabangsa. Contoh pemakaian prinsip ini adalah seperti dalam kes Diversion of Water from the Meuse [1937]. Dalam kes ini, Belanda membuat tuntutan terhadap Belgium kerana mengubah aliran Sungai Meuse dan memungkiri satu triti. Walau bagaimanapun, tuntutan Belanda tidak diterima oleh Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa kerana ia turut mengubah aliran sungai tersebut. |