Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.zos] | ايکزوس

Definisi : (ékzos) paip yg menyalurkan gas dll keluar dr enjin sesebuah kenderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.zos] | ايکزوس

Definisi : /ékzos/ lubang atau paip yg menyalurkan gas dll keluar dr silinder enjin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekzos


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exhaust cutoutpintasan mati ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti berbentuk Y yang berfungsi sebagai injap yang diletakkan di talian ekzos sebelum gas ekzos memasuki peredam bunyi. Peranti ini berfungsi mengawal laluan gas ekzos sama ada memasuki ekzos atau melencongkan aliran tersebut ke paip yang lain tanpa memasuki peredam bunyi.
exhaust portliang ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinLaluan dalam kepala silinder yang bermula dari dudukan injap ekzos hingga ke pancarongga ekzos. Laluan ini bertujuan untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin selepas proses pembakaran apabila injap ekzos terbuka.
exhaust systemsistem ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem yang terdiri daripada pancarongga ekzos, paip ekzos, peredam bunyi dan pengalun.
exhaust manifoldpancarongga ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan.
backpressuretekanan balikanKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan ialah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek dan timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu.
exhaust-gas recirculation valveinjap edaran semula gas ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinInjap yang mengawal operasi sistem edaran semula gas ekzos (EGR). Injap ini mengatur laluan masuk gas ekzos dari sistem ekzos ke pancarongga pengambilan dan biasanya dikawal melalui tindakan vakum. Sinonim injap EGR.
exhaust pipepaip ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinaip yang menghubungkan pancarongga ekzos dengan komponen lain dalam sistem ekzos seperti peredam bunyi dan penukar bermangkin secara berturutan. Paip ekzos digantung di bawah lantai kenderaan dengan menggunakan kapit dan gegelang getah.
exhaust strokelejang ekzosKejuruteraan AutomotifEnjinGerakan omboh dari kedudukan takat terakhir bawah sehingga ke kedudukan takat terakhir atas. Semasa lejang ekzos ini beroperasi, injap ekzos terbuka dan injap pengambilan tertutup. Keadaan ini menjana tekanan yang tinggi dalam silinder enjin dan menyebabkan hasil pembakaran ditolak keluar dari silinder. Proses ini berlaku selepas lejang kuasa dan sebelum lejang pengambilan.
exhaust pipepaip ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPaip yang menyambungkan pancarongga ekzos degan bahagian lain pada sistem ekzos.
exhaust manifoldpancarongga ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLaluan untuk gas ekzos yang keluar dari kebuk pembakaran masuk ke dalam sistem paip ekzos.
12345678910

Kembali ke atas