Oxford shoes | kasut Oxford | Fesyen | Tiada | Sejenis kasut elegan yang bertali dan bertumit rendah. |
belles-lettres | belles-lettres | Kesusasteraan | Tiada | Istilah yang digunakan untuk membezakan antara tulisan berseni dengan tulisan saintifik atau falsafah. Istilah ini merujuk kepada penulisan esei pada abad ke-19 yang memperlihatkan ciri-ciri elegan, ilmiah, canggih, dan memperlihatkan unsur jenaka pintar. Pada masa ini, istilah ini memperlihatkan ciri-ciri bertentangan, iaitu penulisan yang remeh, ringan, dan tidak ilmiah. Belles-letteres berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �tulisan indah�. |
gagaku | gagaku | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali sebagai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud muzik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga komagaku, togaku. |