Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.trod] | ايليکترود

Definisi : (éléktrod) (Fiz) pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik keluar masuk sesuatu bahan (spt elektrolit, leburan logam, dll) atau peranti (spt tiub elektronik dll); ~ hidrogen piawai = ~ piawai (Kim) elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektr (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.lék.trod] | ايليکترود

Definisi : /éléktrod/ ist kepingan logam yg mengalirkan elektrik ke dlm atau ke luar cecair atau gas. ~ (hidrogen) piawai ist elektrod yg digunakan utk menentukan keupayaan elektrod lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrod


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
calomel electrodeelektrod kalomelKimiaKimia AnalisisElektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu.
electric arcarka elektrikKimiaKimia AnalisisSejenis discas elektrik berkilau di antara dua elektrod yang dihasilkan apabila arus elektrik voltan tinggi dilalukan melalui elektrod-elektrod itu. Ia merupakan salah satu sumber pengujaan dalam teknik spektrografi pancaran. bd. bunga api elektrik.
hydrogen electrodeelektrod hidrogenKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt.
glass electrodeelektrod kacaKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod pemilih ion berbentuk bebola yang mempunyai membran elektrod yang diperbuat daripada kaca yang nipis dan mengandung larutan asid hidroklorik yang kepekatan H+ tetap dan diketahui. Daya gerak elektrik elektrod kaca peka terhadap kepekatan H+ di dalam dan di luar membran kaca. Elektrod kaca juga boleh menjadi selektif terhadap Na+, K+ dan NH₄⁺, dengan mengubah-ubah komposisi kaca.
standard electrode potentialkeupayaan elektrod piawaiKimiaKimia AnalisisKeupayaan elektrod dalam keadaan keseimbangan di antara kepekatan reaktan dengan hasil aktiviti satu. Keupayaan tindak balas setengah sistem yang lain dibandingkan dengan keupayaan elektrod hidrogen piawai. Jadual keupayaan elektrod piawai berdasarkan tindak balas penurunan setengah. Dikenali juga sebagai keupayaan penurunan piawai. bd. elektrod hidrogen.
mercury plated eletrodeelektrod tersalut raksaKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada logam lengai seperti platinum yang disalutkan dengan raksa dan elektrod ini mempunyai sifat seperti elektrod raksa.
mercury pool electrodeelektrod takungan raksaKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada takungan raksa dengan garis pusat yang sesuai. Ia menyerupai elektrod satah yang lain dan lebih peka daripada elektrod titisan raksa.
hanging mercury drop electrodeelektrod titisan raksa tergantungKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod raksa yang titisan raksanya tergantung pada tiub rerambut kaca. Elektrod ini sering digunakan dalam analisis logam surih melalui teknik voltammetri pelucutan anod. bd. elektrod titian raksa.
reference electrodeelektrod rujukanKimiaKimia AnalisisElektrod yang mempunyai keupayaan malar dan diketahui nilainya, dan tidak dipengaruhi oleh larutan ujian. Ia mengandungi komponen sel setengah dalaman, elektrolit titian garam, dan satu saluran kecil di hujung elektrod yang dialiri oleh elektrolit titian garam. bd. elektrod kalomel.
calomel electrodeelektrod kalomelGeologiTiadaElektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik.
12345678

Kembali ke atas