constant current electrolysis | elektrolisis arus malar | Kimia | Kimia Analisis | Teknik elektrolisis yang menggunakan arus tetap. Ia digunakan dalam analisis pengendapan elektrokimia. |
coulometric titration | pentitratan kulometri | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan bahan berdasarkan tindak balas bahan itu dengan reagen yang dijanakan secara elektrolisis. Misalnya, tindak balas pengoksidaan Ferum (II) oleh serium (IV) yang dijanakan secara elektrolisis. |
electrochemical equivalent | kesetaraan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Amaun dalam gram suatu bahan yang dihasilkan atau digunakan semasa elektrolisis dengan kecekapan arus 100% apabila sebanyak 1 faraday (96 487.0 ± 1.6 coulomb) kuantiti elektrik diberikan kepada sistem elektrolisis itu. |
elektroanalysis | elektroanalisis | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah-kaedah analisis yang berasaskan kepada elektrolisis atau kon- duktometri misalnya pentitratan elektrometri. |
decomposition potential | keupayaan penguraian | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan minimum yang diperlukan untuk elektrolisis berlaku berterusan. |
electrochemical deposition | pengendapan elektrokimia | Kimia | Kimia Analisis | Pembentukan suatu lapisan logam secara elektrolisis. Digunakan dalam proses-proses pengelektrosaduran dan pemulihan logam-logam daripada bijihnya. |
residual current | arus baki | Kimia | Kimia Analisis | Arus yang masih melalui sel elektrolisis, walaupun tanpa kehadiran sebarang ion elektroaktif dalam polarografi. Lih. analisis polarografi. |
cathode depolarizer | penyahkutub katod | Kimia | Kimia Analisis | Proses menghilangkan cas ion pada katod dalam elektrolisis. Dalam proses ini kation menerima elektron daripada elektrod dan menjadi neutral. Proses ini berlaku pada permukaan katod. |
polarographic analysis | analisis polarografi | Kimia | Kimia Analisis | Teknik elektroanalisis yang melibatkan pengukuran arus melalui sel elektrolisis sebagai fungsi keupayaan. Teknik ini digunakan untuk menentukan spesies yang elektroaktif. |
coulometric analysis | analisis kulometri | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah penentuan bahan berdasarkan pengukuran kuantiti elektrik dalam sel elektrolisis. |