characteristic X-ray | sinar-X cirian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sinar-X yang terhasil apabila elektron-elektron luar mengisi kekosongan dalam orbit terdekat dengan nukleus sesuatu atom. Proses ini berlaku apabila elektron berhalaju tinggi dari luar atom sesuatu bahan sasaran menolak keluar elektron yang berada pada orbit terdekat dengan nukleus. Manakala elektron pada orbit luar akan melompat ke dalam untuk mengisi kekosongan tersebut. Tenaga yang terhasil akan menggambarkan unsur bahan sasaran yang digunakan. Sinar-X yang terhasil boleh digambarkan dengan menggunakan spektrum tenaga seperti rajah di bawah. Contoh sinar-X cirian digambarkan dengan dua puncak, Kα dan Kβ. |
filament current | arus filamen | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Arus yang memanaskan katod (filamen) tiub sinar-X untuk melonggarkan ikatan atom supaya elektron-elektron dapat dipecutkan kepada anod. Lihat juga arus tiub. |
electron column | turus elektron | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Turus elektron berfungsi untuk membolehkan elektron bergerak dari sumber elektron ke permukaan sampel bagi menghasilkan imej pada resolusi berskala nano. Turus electron ialah salah satu komponen pada mikroskop electron. |
semiconductor quantum dot | bintik kuantum semikonduktor | Fizik | Nanoteknologi | Hablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor. |
de Broglie theory | teori de Broglie | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Teori yang menjelaskan tingkah laku sesuatu zarah seperti sifat gelombang. De Broglie (1924) mencadangkan bahawa setiap zarah bergerak mempamerkan sifat gelombang dan juga sifat elektron. Elektron juga menunjukkan sifat gelombang pada orbit terkuantum. Panjang gelombang dikira dengan menggunakan persamaan berikut: ? =h/p dengan ? = panjang gelombang, h = pemalar Planck dan p = momentum. |
electron affinity | afiniti elektron | Fizik | Nanoteknologi | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |
secondary electron | elektron sekunder | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel. |
electron energy loss spectroscopy (EELS) | spektroskopi kehilangan tenaga elektron (EELS) | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk mengkaji atom, molekul atau pepejal berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada suatu bahan diserakkan secara tak kenyal. Spektrum ini dapat digunakan untuk menentukan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom dengan menganalisis tenaga daripada spektroskop yang diletakkan di bawah mikroskop elektron. |
Everhart-Thornley detector (ETD) | pengesan Everhart-Thornley (ETD) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Alat yang digunakan oleh mikroskop pengimbas elektron (SEM) untuk mengesan elektron sekunder dan elektron serak balik. |
electron gun | senapang elektron | Fizik | Nanoteknologi | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |