electrostatic force microscopy (EFM) | mikroskopi daya elektrostatik (EFM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk mengukur sifat elektrik permukaan sampel tanpa sentuh dengan mengukur daya elektrostatik yang terbentuk di antara permukaan sampel dan kantilever (julur tuas). |
Coulomb blockade | penghalang Coulomb | Fizik | Nanoteknologi | Alat untuk menghalang pemindahan elektron ke dalam daerah yang menghasilkan perubahan tenaga elektrostatik melebihi tenaga terma. Jika daerah tersebut dicirikan dengan kapasitans C, tenaga elektrostatik bertambah sebanyak e2/2C dengan kehadiran suatu elektron. Dalam struktur makro, perubahan tenaga ini tidak ketara manakala dalam struktur nano terutamanya dalam bintik kuantum, syarat e2/2C melebihi tenaga terma kBT amat ketara. Perubahan dalam tenaga elektrostatik yang disebabkan oleh pemindahan elektron tunggal terhasil dalam jurang tenaga e2/2C dalam spektrum tenaga pada aras Fermi dikenali sebagai jurang Coulomb. Kemasukan elektron dalam rejim penghalang Coulomb disekat sehingga jurang tenaga diatasi oleh medan pincang. Fenomena ini berlaku dalam penerowongan elektron tunggal. Sinonim jurang Coulomb. |
electrostatic painting | cat elektrostatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Proses mengecat dengan menggunakan kaedah elektrik. |
migration current | arus penghijrahan | Kimia | Kimia Analisis | Arus tambahan yang diakibatkan oleh tarikan elektrostatik ion elektroaktif oleh elektrod penunjuk bercas. |
protein-protein interaction | interaksi protein-protein | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Hubungan fizikal dalam kalangan protein di dalam sel, iaitu interaksi yang merangkumi ikatan elektrostatik, hidrogen dan hidrofobik. |
Brownian motion | gerakan Brown | Fizik | Nanoteknologi | Gerakan rawak zarah halus terampai dalam bendalir, hasil pelanggaran dengan molekul bendalir yang bergerak turun naik. Zarah terampai disebabkan daya tolakan elektrostatik antara zarah tersebut. Saiz zarah ini ialah 1 nm - 1000 nm dan dapat dikesan melalui serakan cahaya. Contohnya, penyerapan bahan cemar dalam atmosfera dan penyerapan lohong dalam bahan semikonduktor. |
molecular crystal | hablur molekul | Fizik | Nanoteknologi | Pepejal yang terbentuk daripada atom gas nadir yang ditepukan dengan molekul gas lain seperti hidrogen, metana dan benzena menerusi ikatan daya elektrostatik lemah. Hablur molekul ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan meruap kepada atom dan molekul yang asal. |
scanning capacitance microscope (SCAM) | mikroskop kapasitans pengimbasan (SCAM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Sejenis pengimbas kuar mikroskop (SPM) yang menggunakan kuar elektrod untuk menganalisis sampel dengan cara meletakkan kuar elektrod bersentuhan atau berdekatan dengan permukaan sampel. Maklumat sampel diperoleh melalui perubahan elektrostatik kapasitans di antara permukaan kuar elektrod. |
quantum dot | bintik kuantum | Fizik | Nanoteknologi | Zarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik. |