surrogate mother | ibu surogat | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan betina yang digunakan sebagai penerima dalam proses pemindahan embrio. Embrio yang dipindahkan ke dalam uterus ibu surogat ini lazimnya diperoleh daripada haiwan betina yang lain. |
embryo | embrio | Perikanan | Akuakultur | Peringkat awal perkembangan organisma hidup dalam proses pembiakan. Embrio bermula setelah berlakunya persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. |
embryo | embrio | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat awal perkembangan organisma multisel yang terhasil selepas persenyawaan. Embrio berkembang di dalam uterus atau telur. |
blastoderm | blastoderma | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Lapisan sel epitelium yang terbentuk di sekeliling blastosel dalam embrio. Blastoderma merupakan bahagian sel pada embrio yang sedang berkembang. |
zygote | zigot | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Peringkat perkembangan awal embrio, iaitu selepas proses persenyawaan yang melibatkan penyatuan sperma dengan ovum. Zigot akan terus berkembang dan menjadi beberapa bahagian untuk membentuk morula, blastosista dan embrio. |
embryo | embrio | Kejururawatan | Tiada | Hasil konsepsi di dalam uterus pada hari keempat selepas persenyawaan sehingga ke akhir minggu kelapan perkembangan janin. |
teratogen | teratogen | Kejururawatan | Tiada | Bahan kimia yang mengganggu perkembangan embrio dan mengakibatkan kecacatan. |
amniotic cavity | kaviti amnion | Kejururawatan | Tiada | Kaviti yang mengandungi cecair amnion dan embrio. |
seed | biji | Herba | Tiada | Organ pembiakan tumbuhan yang terhasil daripada ovul yang telah tersenyawa dan mengandungi embrio, makanan tersimpan dan kulit pelindung. Biji utuh dalam bentuk kering atau segar biasanya digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, biji bijan, biji habatussauda, biji kopi dan biji popi (kaskas). Biji yang halus digunakan tanpa perlu dikisar. Contohnya, biji selasih. |
fertile egg | telur berbenih | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Telur yang telah disenyawakan dan boleh berkembang menjadi embrio. Contoh telur berbenih ialah telur ayam yang berusia tiga hari ke atas. |