multicast | multisiar/multikas | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghantaran isyarat kepada pelbagai penerima yang spesifik dan diketahui alamatnya. Contohnya penghantaran emel dalam satu masa kepada ramai penerima seperti yang tersenarai. Banding siaran, unisiar. |
Broadcast | Siaran | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghantaran isyarat secara serentak kepada semua penerima yang tersambung dengan penyiar sama ada melalui rangkaian data komunikasi, sistem mel suara, sistem emel, stesen radio/televisyen atau sistem satelit. Banding multisiar, unisiar. |
virus | Virus | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara hasad yang mampu membiak dan berpindah dari satu komputer ke komputer lain. Atur cara yang dijangkiti virus tersebar ke komputer lain melalui peranti storan, rangkaian dan lampiran emel. Virus boleh dibenam dalam perisian atur cara, skrip atau makro yang direka bentuk untuk infeksi, membuat kerosakan, mengubahsuai atau menyebabkan pelbagai masalah kepada sistem komputer. Jangkitan virus ke dalam komputer boleh dicegah melalui pemasangan perisian anti virus. Contoh virus adalah seperti virus Concept yang menjangkiti fail Microsoft Word dan virus Laroux yang menjangkiti fail Microsoft Excel. Sinonim virus komputer. |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu ID pelanggan yang disulitkan yang telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen/e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen beserta teknologi digital tidak dapat menafikan bahawa dia telah mengirim dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Tandatangan digital ini akan dilampir bersama emel atau dokumen yang dikirim. Syarikat MyCert (MIMOS Berhad) adalah contoh pihak berkuasa tandatangan digital di Malaysia. |