emotional baggage | pendaman emosi | Psikologi | Tiada | Isu emosi yang tidak dapat diselesaikan atau pengalaman buruk yang pernah dialami, yang lazimnya memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku dan sikap seseorang. |
reaction formation | pembentukan tindak balas | Perubatan | Psikiatri | Mekanisme pertahanan minda apabila emosi yang menyebabkan seseorang menjadi cemas atau emosi yang tidak boleh diterima, digantikan dengan tindakan yang berlawanan. |
general strain theory | teori ketegangan am | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori kriminologi yang diperkenalkan oleh Robert Agnew yang menyatakan bahawa ketegangan emosi boleh meningkatkan kemungkinan seseorang untuk melakukan jenayah. Ketegangan emosi boleh berlaku apabila seseorang tidak dapat mencapai matlamat yang diingini dengan mengikut cara yang biasa sehingga memilih jenayah sebagai alternatif untuk mencapai matlamatnya. |
affective criticism | kritikan afektif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang mengukur keberkesanan karya sastera berdasarkan emosi pembaca yang dirangsangkan oleh karya tersebut. Contohnya, dalam teori katarsis yang diperkenalkan oleh Aristotle, penonton drama tragedi akan bersama-sama mengalami emosi yang dialami oleh watak utama. Sesetengah teori mempersoalkan kritikan ini kerana dikatakan bersifat subjektif dan dianggap menimbulkan andaian yang tidak tepat atau kekeliruan afektif. Lihat juga kekeliruan afektif. |
psychological novel | novel psikologi | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik. |
objective correlative | kolelatif objektif | Kesusasteraan | Tiada | Objek luar yang menjadi padanan kepada perasaan dalaman. Sesuatu peristiwa, pemandangan, situasi, dan objek luaran dilihat mampu merangsang emosi atau mood, berbanding dengan ekspresinya secara langsung. Dalam hal ini, sebaik sahaja objek luaran itu ditanggapi indera, maka emosi akan terangsang serta-merta. Istilah ini dipopularkan oleh penyair Inggeris, T.S. Eliot dalam eseinya berjudul �1919� tentang drama Hamlet. |
emotion | emosi | Kesusasteraan | Puisi | Lihat perasaan. |
emotional divorce | perceraian emosi | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
ambivalence | ambivalens | Perubatan | Psikiatri | Kehadiran emosi yang bercanggah terhadap sesuatu objek. |
atmosphere | suasana | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan emosi yang terdapat pada sesebuah karya yang membayangkan kepada pembaca keadaan-keadaan yang ditemui dan diikutinya dalam cerita. |