mood | suasana | Kesusasteraan | Tiada | 1. Merujuk pernyataan sikap pengarang, sama ada bercorak emosional atau intelektual terhadap pokok persoalan atau tema karya. |
sentimental novel | novel sentimen | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menggambarkan watak-watak yang memberikan tindakan begitu emosional terhadap peristiwa, aksi dan sentimen. |
afective component | komponen afektif | Sosiolinguistik | Tiada | Unsur sikap dalam makna. Contohnya bagaimana kita membezakan asosiasi emosional (atau konotasi), item leksikal atau pelahiran sikap dalam intonasi. |
purple patch | tumpukan renda | Kesusasteraan | Tiada | Hasil seni tulisan yang selalu diperlihatkan pengarang melalui karangannya yang bercorak terlalu emosional. |
imagism | imagisme | Kesusasteraan | Tiada | Suatu gerakan dalam kalangan penyair yang menampilkan imejan yang konkrit, jelas dan tertumpu pada puisi bebas. Penampilan imejan dilakukan tanpa komen oleh penyair itu sendiri. Imejan ini melahirkan respons intelektual dan emosional yang kompleks dalam sekilas masa. Contoh puisi imagisme ditemui dalam �In a Station of the Metro� oleh Ezra Pound. Gerakan imagisme popular di England dan Amerika antara tahun 1912-1917 sebagai tentangan terhadap puisi pada penghujung abad ke-19 yang dianggap sentimental oleh Ezra Pound, pengasas gerakan ini. Gerakan imagisme dipengaruhi oleh sajak haiku Jepun, sejenis puisi lirik yang mengutarakan pemerhatian penyair terhadap objek atau pemandangan alam. Secara umumnya, imagisme dikatakan menyumbang kepada permulaan sajak moden. |
flame bait | umpan bara | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghantaran kepada senarai mel, kumpulan berita atau persidangan dalam talian yang lain dan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan ahli kumpulan perbincangan tersebut. Biasanya, umpan bara ini dilakukan untuk menimbulkan topik yang emosional dan kontroversi. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
leadership style | gaya kepemimpinan | Pentadbiran | Tiada | Cara memimpin yang dimiliki oleh ketua dalam sesebuah organisasi. Gaya kepemimpinan ini boleh diklasifikasikan kepada dua pendekatan utama, iaitu berorientasikan kerja dan berorientasikan pekerja. Cara ini mempengaruhi amalan dan pendekatan yang digunakan oleh pemimpin dan anggota organisasi dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Antara gaya yang digunakan boleh bersifat tegas, berdisiplin, emosional, bermotivasi dan bertolak ansur. Dalam kajian pentadbiran, terdapat pelbagai tipologi gaya kepimpinan seperti kepimpinan transaksional yang mengutamakan pulangan, kepimpinan transformasional yang memiliki misi dan visi serta mampu membuat perubahan, dan kepimpinan karismatik, iaitu gaya yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan sesuatu perubahan. Gaya kepemimpinan sebegini mempe |
five-factor model of personality | model personaliti lima faktor | Psikologi | Psikologi Umum | Model yang mencadangkan bahawa personaliti individu boleh dilihat melalui lima dimensi asas dan sejagat. Model yang diringkaskan daripada 16 faktor Cattell ini terdiri daripada darjah-darjah keekstroversian, kesetujuan, kehematan, keneurotismaan dan keterbukaan. Individu yang tinggi keekstroversiannya memperlihatkan sifat-sifat seperti peramah, aktif, mesra dan suka berkawan, tetapi sebaliknya individu yang rendah kesetujuannya akan menjadi seorang yang mudah mengkritik, syak wasangka, bengis dan jengkel. Individu yang berhemat pula akan bekerja keras, teliti, bersungguh-sungguh dan teratur serta menepati waktu. Individu yang tinggi tahap keterbukaannya akan menunjukkan sifat kreatif, ingin tahu, asli dan imaginatif. Individu yang tinggi keneurotismaannya akan lebih banyak resah, terlalu mengikut perasaan dan emosional. Dengan menggunakan model lima faktor, individu boleh diuji untuk mengenal pasti tahap personalitinya berdasarkan lima sifat tersebut. |