Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na/] | اينق

Definisi : (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na/] | اينق

Definisi : /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak

Puisi
 

Anak kodok di atas papan,
     Mati dipatuk si ular sawa;
Enak sungguh mimpikan tuan,
     Serasa menjenguk pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
euphonyeufoniKesusasteraanPuisiRangkaian bunyi vokal atau konsonan dalam baris puisi yang harmonis dan begitu enak didengar apabila dibaca atau dideklamasikan. Contohnya, puisi "Berdiri Aku" karya Amir Hamzah, dalam kumpulan Nyanyi Sunyi. Sinonim kemerduan.
herbal fermentationpenapaian herbaHerbaTiadaProses penguraian komponen organik, terutama karbohidrat oleh tindakan enzim atau mikroorganisma. Penapaian herba dilakukan untuk menyingkirkan rasa pahit atau tidak enak, atau untuk menghasilkan komponen kimia beraroma yang mempunyai bau dan rasa yang menyenangkan. Contohnya, penghasilan teh hitam dan ekstrak vanila.
calf startermakanan pemula pedetVeterinarTiadaMakanan berkualiti dengan kandungan protein dan tenaga yang tinggi dan diberi kepada anak lembu tenusu setelah disapih daripada ibunya. Biasanya, anak lembu akan disapih apabila berumur antara 6-8 minggu sebelum diberi makanan permulaan. Kandungan protein dalam makanan ini biasanya melebihi 18% manakala kandungan tenaga ialah sebanyak 13.0 MJ/kg. Makanan ini juga mengandungi bahan-bahan yang mudah dicerna dan mempunyai rasa yang enak seperti jagung, oat, molases, mineral serta vitamin. Makanan ini kerap ditambah dengan bahan aditif seperti koksidiostat untuk mengelakkan jangkitan penyakit cirit-birit atau diarea yang disebabkan oleh koksidia.

Kembali ke atas