activated sludge | enap cemar teraktif | Pertanian | Agroteknologi | Bahan pepejal yang terhasil sesudah bahan kumbahan domestik atau industri dirawat menggunakan udara dan mikroorganisma khusus. Bahan kumbahan dirawat menggunakan udara dan oksigen bersama dengan flok (gumpalan) yang mengandungi bakteria jenis saprofit berserta dengan protozoa. Mikroorganisma tersebut mempercepat proses penguraian kumbahan. Rawatan ini menghasilkan gumpalan berwarna perang yang bercampur dengan air kumbahan, dan campuran tersebut dinamai likuor campur. Likuor campur seterusnya dibiarkan di dalam tangki endap supaya bahan pepejal mendap. Supernatan yang terapung dirawat semula sebelum dilepaskan ke perparitan. Sebahagian daripada bahan endapan yang merupakan enap cemar teraktif digunakan semula untuk merawat kumbahan yang baharu. |