Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pis.té.mo.lo.gi] | ايڤيستيمولوݢي

Definisi : (épistémologi) teori tentang pengetahuan, terutamanya yg berkaitan dgn kajian kritis tentang kesahihan, kaedah, dan skop sesuatu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epistemologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social imperialismimperialisme sosialSains PolitikPolitik PerbandinganPenaklukan yang tidak berlaku secara ketenteraan tetapi mempengaruhi kehidupan sosial sesebuah masyarakat dalam bentuk penjajahan mental, budaya dan sosial. Penjajahan sosial tidak melibatkan keganasan dan peperangan tetapi lebih bersifat penguasaan pemikiran, ruang epistemologi, budaya dan perlakuan sesebuah masyarakat yang telah ditawan oleh kuasa lain. Contohnya, penjajahan Barat terhadap negara Asia bukan sahaja telah menawan ekonomi dan politiknya tetapi juga telah membentuk imperialisme sosial sehingga kini.
neo-colonialismfaham kolonial baruSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru.
orientalismorientalismeKesusasteraanTiadaKonsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 berlaku pada zaman Imperialisme Eropah terutamanya dalam era empayar British. Wacana orientalisme biasanya mengandungi prejudis dan sikap bongkak Barat terhadap Timur. Wacana ini mempamerkan sentimen perkauman yang tebal dan anggapan tidak berasas atau terlampau umum dan menyeluruh. Oleh sebabv �ilmu� mengenai Timur ini disokong oleh jentera dan prasarana Barat, maka hal tersebut dianggap mempunyai kesahihan.
transcendantalismtransendentalismeKesusasteraanTiadaPergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�.

Kembali ke atas