Ergonomics | ergonomik | Teknologi Maklumat | Tiada | Dalam persekitaran pengkomputeran, ergonomik adalah kajian saintifik berkenaan hubungan mesra antara peralatan komputer, pengguna dan persekitaran penggunaan komputer. Sebagai contoh, faktor yang di kaji adalah seperti reka bentuk fizikal papan kekunci, kedudukan monitor, susun atur peranti, cara pengguna berinteraksi dengan peranti komputer dan saiz reka bentuk meja komputer. Misalnya papan kekunci ergonomik direka bentuk untuk mengurangkan sindrom cumulative trauma disorder (CTD) iaitu kecederaan tisu saraf sensitif yang disebabkan oleh pergerakan berulang yang beribu-ribu kali sehari. Istilah ergonomik berasal dari perkataan Greek iaitu ergonomos. “Ergos” bermaksud kerja, dan “nomos” bererti hukum tabii bagi sesuatu. Ergonomik adalah kajian untuk menyesuaikan mesin dan persekitarannya dengan manusia dan bukan sebaliknya. |
ergonomics | ergonomik) | Geografi | Tiada | Tiada |
ergonomics | ergonomik) | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
ergonomics | ergonomik) | Perubatan | Tiada | Kajian tentang manusia dan hubungannya dengan kerja dan alam pekerjaannya. |
ergonomics | ergonomik) | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
ergonomics | ergonomik | Gerontologi | Tiada | Bidang ilmu tentang manusia dan hubungannya dengan kerja dan alam pekerjaan yang mempengaruhi kecekapan penggunaan tenaga. |
ergonomics | ergonomik | Kejururawatan | Tiada | Sains berkaitan dengan cara menyesuaikan kerja dengan ciri-ciri anatomi, fisiologi dan psikologi manusia untuk meningkatkan tahap keselesaan, kecekapan dan kesihatan. |
ergonomics | ergonomik | Perubatan | Tiada | Kajian tentang manusia dan kerjanya, antaranya termasuklah prinsip-prinsip anatomi, fisiologi, psikologi dan mekanik, yang mempengaruhi kecekapan penggunaan tenaga manusia. |
ergonomic hazard | bahaya ergonomik | Kejururawatan | Tiada | Kemudaratan kepada sistem muskuloskeletal pekerja akibat ketidaksesuaian antara pekerja dengan persekitaran atau peralatan. |
ergonomic keyboard | papan kekunci ergonomik | Teknologi Maklumat | Tiada | Papan kekunci yang direka bentuk mengikut keselesaan pengguna. |