Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ri.tro.sit] | ايريتروسيت

Definisi : (éritrosit) (Bio) sel darah merah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ri.tro.sit] | ايريتروسيت

Definisi : /éritrosit/ ist sel utama di dlm darah vertebrat yg mengandungi hemoglobin; sel darah merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eritrosit


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anemiaanemiaPerubatanTiadaKeadaan apabila berlaku pergurangan bilangan eritrosit, kepekatan hemoglobin, dan isi padu eritrosit yang terpadat. Keadaan ini diakibatkan oleh pemusnahan eritrosit dan perdarahan secara berlebihan, dan/atau pengurangan pembentukan darah, seperti yang berlaku semasa malnutrisi.
erythrosedimentationpemendapan eritrositPerubatanTiadaPengenapan eritrosit daripada ampaian dalam plasma darah.
reticulocyteretikulositBioteknologiTiadaEritrosit tidak matang yang terbentuk daripada eritroblas. Eritrosit ini tidak bernukleus, mempunyai sitoplasma bak jaring, dan dapat diwarnakan dengan pewarna bes.
anisocytosisanisositosisBiologiHistologi dan SitologiSel eritrosit yang saiznya tidak sama dengan sel eritrosit yang normal.
haematocrithematokritVeterinarPraklinikalSukatan untuk mengukur kadar eritrosit dalam darah. Hematokrit merupakan sukatan majmuk untuk bilangan dan saiz eritrosit. Nilai hematokrit lebih rendah daripada kadar normal dalam anemia. Nilai hematokrit diperoleh dengan mengemparkan darah menggunakan pengempar hematokrit dan seterusnya menilai peratusan isi padu hematokrit berbanding dengan isi padu darah.
sickle-cell traittrait sel-sabitBiologiGenetikKeadaan eritrosit yang ditunjukkan oleh individu heterozigus untuk gen normal HA dan HS apabila terdapat kedua-dua eritrosit jenis hbA dan HbS.
haemotopoiesishemotopoiesisBioteknologiTiadaProses pembentukan darah, iaitu pembezaan sumsum tulang dan sel limfa kepada eritrosit dan sel darah putih. Eritrosit dibentuk dalam sumsum tulang, manakala limfosit dan monosit dibentuk dalam tisu limfoid.
buffy coatlapisan bufVeterinarPraklinikalLapisan yang terdapat di antara plasma dengan eritrosit selepas darah yang telah diantigumpal diemparkan. Lapisan ini mengandungi leukosit; sedikit trombosit; retikulosit dan eritrosit. Kandungan lapisan ini bergantung pada kekuatan darah tersebut diemparkan.
haematocritehematokritBiologiFisiologiProses mengempar darah untuk mengasingkan pepejal daripada plasma darah dan menentukan isi padu relatif pepejal eritrosit di dalam darah. hematokrit diungkap sebagai peratus jumlah isi padu darah yang mengandungi eritrosit.
erythrocyteeritrositFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas