aesthetic study | kajian estetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Kajian pasaran terhadap produk kosmetik untuk memastikan ciri estetik produk tersebut diterima baik oleh pelanggan. Di Malaysia, syarikat atau individu yang bertanggungjawab memperdagangkan produk kosmetik di pasaran boleh menghasilkan atau mengimport produk tersebut yang belum dinotifikasi untuk tujuan kajian estetik bagi mendapatkan kelulusan awal daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi. |
aesthetics | estetik | Kesusasteraan | Puisi | Keindahan dalam puisi yang berhubung dengan pernyataan perasaan, pemikiran dan gambaran melalui bahasa. |
aesthetics | estetik | Pergigian | Tiada | - |
aesthetics | estetik | Kesusasteraan | Tiada | Keindahan yang dikaitkan dengan tanggapan rasa yang baik dalam seni. |
aesthetic distance | jarak estetik | Kesusasteraan | Tiada | Kerangka rujukan yang dicipta oleh penulis melalui pelbagai alat penceritaan untuk tujuan membezakan secara psikologi sesebuah karya seni dengan dunia atau karya realiti. |
aesthetic value | nilai estetik | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Nilai keindahan atau kecantikan sesuatu objek. |
hegemony | hegemoni | Kesusasteraan | Tiada | Pembentukan watak, pengembangan nilai estetik atau aliran pemikiran yang dipengaruhi oleh proses kuasa sosiopolitik dalam karya. |
calligraphy | kaligrafl | Kesusasteraan | Puisi | Karya yang indah dan mempunyai estetik, sama ada berupa syair, pantun dan ayat-ayat yang dipetik daripada Kitab Suci al-Quran. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
art epic | epik seni | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera. |