Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.tro.gen] | ايستروݢن

Definisi : (éstrogen) (Bio) hormon seks yg merangsang perubahan pd organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pd mamalia betina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[és.tro.gen] | ايستروݢن

Definisi : /éstrogen/ ist hormon seks yg merangsang perkembangan dan pemeliharaan ciri-ciri sekunder seks betina mamalia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estrogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oestrogenestrogenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSalah satu hormon seks mamalia betina. Hormon estrogen dikelaskan sebagai steroid dan merupakan hormon penting dalam pembentukan dan pertumbuhan fizikal serta pembangunan ciri seks mamalia betina. Estrogen juga membantu mengawal kitaran seks (haid dan estrus) dan pembiakan mamalia betina. Hormon ini dihasilkan di ovari, sel lemak dan kelenjar adrenal.
oestrogenestrogenHerbaFitoterapiHormon seks wanita yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan perkembangan sistem reproduktif; ciri-ciri seks sekunder.
estrogenicestrogenicHerbaPemiawaianEkstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum).
antigonadotrophicantigonadotrofikHerbaPemiawaianSifat agen yang dapat menghalang atau menyekat aktiviti fisiologi hormon ganadotrofin yang khusus seperti ketakseimbangan androgen, estrogen, dan progesteron dalam badan. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) yang bersifat antigonadotrofik.
ovaryovariPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSebahagian daripada organ pembiakan betina yang merupakan tempat penghasilan ovum serta tempat mensintesis hormon estrogen dan progesteron. Ovari terletak di rongga pelvis betina.
oestrus inductionpengaruhan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang dilakukan ke atas haiwan betina untuk merangsang estrus. Rangsangan ini akan menyebabkan haiwan berada dalam fasa estrus dan membolehkannya mengawan. Suntikan hormon seperti estrogen dan gonadotropin biasanya digunakan untuk merangsang estrus pada haiwan.

Kembali ke atas