Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ét.nik] | ايتنيک

Definisi : (étnik) bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etnik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
communalperkaumanSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman.
plural societymasyarakat majmukSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang mengandungi beberapa etnik yang dicirikan dengan kepelbagaian bahasa, budaya, agama dan tempat tinggal. Perbezaan etnik ini mengurangkan perhubungan antara satu dengan yang lain. Interaksi minimum hanya terdapat di pasar dalam urusan jual beli apabila mereka terpaksa bertemu. Jenis pekerjaan yang terdapat dalam masyarakat ini juga terbahagi mengikut kaum. Walau bagaimanapun penduduk yang majmuk ini berada dalam satu pemerintahan dan mereka akur dengan kerajaan tersebut. Idea ini diperkenalkan oleh J.S. Furnivall yang mengkaji masyarakat Indonesia dan Burma ketika mereka masih berada dalam zaman penjajahan. Masyarakat majmuk menurut Furnivall ini tidak wujud lagi tetapi kepelbagaian tersebut masih terdapat dalam beberapa masyarakat yang memiliki beberapa etnik yang berbeza seperti Malaysia, Sri Lanka dan Fiji. Masyarakat ini tidak lagi berada dalam zaman penjajahan dan interaksi antara kaum juga sudah banyak bertambah.
heterogenous societymasyarakat heterogenSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen.
segregationpengasinganSains PolitikPolitik PerbandinganPemisahan yang dilakukan terhadap individu, kelompok dan petempatan. Pemisahan ini dilaksanakan dengan memindahkan kelompok yang sedia ada melalui suatu rancangan yang rapi berasaskan etnik, agama, warna kulit atau status sosial. Pemisahan ini dilakukan sama ada untuk kepentingan etnik tertentu, dasar warna kulit, layanan yang tidak sama atau untuk mengelak masyarakat ini bercampur antara satu sama lain. Contohnya, dasar Aparteid yang pemah diamalkan di Afrika Seletan yang mengasingkan penduduk kulit putih dengan kulit hitam.
ethnic minorityetnik minoritiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSekumpulan kecil masyarakat yang mempunyai tradisi, sosial, dan budaya sendiri.
genocidegenosidKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang disengajakan terhadap sekumpulan besar orang berdasarkan pelbagai faktor seperti geografi, demografi dan politik. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki yang mengakibatkan kematian sekumpulan besar penduduk di Jepun. Pembersihan etnik boleh digolongkan sebagai satu bentuk genosid. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.
fairnesskeadilanPendidikanTiadaPerbezaan dari segi bangsa, etnik, jantina dan kebolehan yang tidak memberi kesan bias kepada keputusan instrumen atau prosedur ujian.
non-discriminationtak diskriminasiPendidikanTiadaBukti tentang perbezaan bangsa, etnik, jantina atau kebolehan yang tidak memberi bias kepada keputusan instrumen atau tata-cara pentaksiran.
discriminationdiskriminasiSains PolitikPolitik PerbandinganAksi, tindakan, layanan atau proses yang berat sebelah kepada kelompok tertentu. Amalan ini wujud disebabkan oleh perbezaan sosial seperti kasta, kelas, etnik, agama, warna kulit, bahasa dan budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat atau negara. Dominasi sosial yang berasaskan kepada perbezaan tersebut menyebabkan muncul perasaan terpinggir, penafian dan kekecewaan oleh kelompok yang didominasi. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila tindakan diskriminasi ini dijelmakan dalam bentuk dasar sosial, politik dan ekonomi yang dilihat hanya menguntungkan kelompok dominan. Contohnya, etnik kulit hitam di Afrika Selatan yang didiskriminasi oleh pemerintah kulit putih sewaktu rejim Aparteid.
civil warperang saudaraSains PolitikPolitik PerbandinganKonflik yang tercetus antara kelompok, etnik, puak atau golongan tertentu di kalangan rakyat dalam sesebuah negara. Peperangan ini boleh terjadi disebabkan oleh faktor ketidakpuasan hati atau penindasan satu pihak terhadap pihak yang lain, ketidakseimbangan pembahagian kekuasaan politik, ekonomi atau kewujudan jurang sosial yang melampau antara kelompok. Perang saudara kebiasaannya berlanjutan dalam tempoh yang panjang. Konflik seperti ini boleh berakhir melalui rundingan yang dipelopori oleh pihak ketiga dari luar atau melalui desakan kuasa-kuasa berkepentingan terhadap pihak yang terlibat setelah pihak yang berkonflik gagal mencari jalan penyelesaian. Contohnya, Perang Balkan yang terjadi antara pihak Serb, Croatia dan Bosnia di negara bekas kesatuan Yugoslavia pada tahun l992.
123

Kembali ke atas