parallel evolution | evolusi selari | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi yang melibatkan dua spesies berkongsi leluhur yang sama dan melalui satu evolusi bebas, yang membentuk persamaan ciri antara kedua-duanya tetapi tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. |
divergent evolution | evolusi pencapahan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi bebas (mandiri) yang menyebabkan kewujudan ciri yang berbeza, apabila dua kumpulan dalam spesies yang sama berkembang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza dan/atau tekanan sosial. Kejadian ini menghasilkan spesies yang berbeza seperti serigala mengalami evolusi pencapahan dan menghasilkan spesies anjing yang berbeza. |
neutral theory of molecular evolution | teori neutral evolusi molekul | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Teori perubahan evolusi molekul yang berlaku pada peringkat molekul DNA dan protein disebabkan oleh keadaan kekerapan alel yang turun naik secara rawak melalui hanyutan genetik. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebanyakan perubahan evolusi dan kebolehubahan spesies berlaku bukan disebabkan oleh pemilihan semula jadi semata-mata. |
convergent evolution | evolusi penumpuan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi bebas (mandiri) yang berlaku ke atas ciri yang sama dalam spesies pada jangka masa yang berbeza. Kejadian ini menghasilkan struktur analog yang mempunyai fungsi atau bentuk yang sama tapi tidak wujud dalam leluhur kumpulan ini. |
reticulate evolution | evolusi penyelirat | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Evolusi yang melibatkan penggabungan dua leluhur yang menghasilkan satu keturunan dan hubungan ini boleh digambarkan dengan lebih jelas melalui pepohon filogeni. |
evolutionary tree | pepohon evolusi | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Rajah yang memaparkan hubungan evolusi antara spesies yang sama atau berlainan. Lihat juga pepohon filogenetik. |
evolution | evolusi | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Perubahan ciri perwarisan biologi suatu spesies atau populasi organisma yang berlaku secara perlahan atau beransur-ansur. |
epigenome evolution | evolusi epigenom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |
minimum evolution | evolusi minimum | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah taabiran filogenetik untuk mengoptimumkan pepohon genetik berdasarkan jarak matrik dengan melihat kepada jumlah panjang cabang yang minimum. |
neutral evolution | evolusi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | - |