footloose industry | industri bebas letak | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Industri yang tidak bergantung kepada faedah-faedah lokasi. |
cost-effectiveness analysis | analisis kos keberkesanan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah- faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut. |
accidental death benefit | faedah mati kemalangan | insurans | Tiada | Faedah tambahan yang bernilai sama atau lebih daripada faedah kontrak asal atau jumlah prinsipal. Faedah ini akan dibayar bersama-sama faedah lain apabila kematian berlaku disebabkan oleh sesuatu kemalangan. |
hospital benefit | faedah hospital | insurans | Tiada | Faedah yang dibayar apabila insured dimasukkan ke hospital. Faedah ini adalah untuk bayaran sewa bilik, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. |
widow's benefit | faedah balu | insurans | Tiada | 1. Faedah insurans yang dikendalikan untuk balu oleh kerajaan. 2. Faedah dalam skim pencen bagi pekerja atau bagi mereka yang bekerja sendiri yang menyediakan pencen atau amaun yang dibayar sekali gus kepada balu ahli skim tersebut. |
cost benefit analysis | analisis kos-faedah | Ekonomi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter. |
emergency benefits | faedah kecemasan | insurans | Tiada | Faedah serta-merta yang diberikan kepada keluarga si mati sebelum bayaran yang muktamad dibuat. |
quarantine benefit | faedah kuarantin | insurans | Tiada | Faedah yang dibayar bagi kerugian masa disebabkan insured dikuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan. |
disability benefit | faedah hilang upaya | insurans | Tiada | Faedah yang dibayar di bawah polisi pendapatan hilang upaya atau peruntukan daripada polisi lain seperti kontrak insurans hayat arau insurans kesihatan. |
optional benefit | faedah opsyenal | insurans | Tiada | lih.faedah elektif. |