almanac | almanak | Perpustakaan | Tiada | Penerbitan tahunan yang memuatkan fakta-fakta tentang astronomi, aniversari, maklumat statistik, kalendar harian, bulanan, percutian, dan sebagainya. |
premium estimated | premium teranggar | insurans | Tiada | Premium sementara yang dikenakan tertakluk kepada pelarasan terakhir berikutan daripada ketetapan fakta-fakta yang perlu. |
material misrepresentation | salah nyata fakta matan | insurans | Tiada | Pemalsuan fakta matan dengan mengguna apa-apa cara jua. Jika syarikat insurans mengetahui hal sebenarnya, ia tidak akan menginsuranskan risiko tersebut. Salah nyata fakta matan memberi hak kepada syarikat insurans untuk mengetepikan kontrak. |
material fact | fakta matan | insurans | Tiada | Penyataan penting yang boleh mengubah keputusan insurer. Faktor ini mungkin berkaitan dengan penyediaan, perlindungan, penyelesaian kerugian atau penentuan premium. Biasanya pemberian maklumat yang tidak tepat tentang fakta matan akan membatalkan polisi tersebut. |
cognitive meaning | makna kognitif | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat �matahari terbit dari timur�. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat �matahari ini sungguh menyeksakan� ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif. |
problem-based learning | pembelajaran berasaskan masalah | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyelesaikan masalah dunia sebenar bagi membantu pelajar memahami konsep serta fakta yang berkaitan, berbanding dengan pengajaran berasaskan fakta. |
simulated biography | biografi bersimulasi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright. |
material fact | fakta sebenar | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
mistake of fact | silap fakta | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
institutional memory | memori institusi | Pengurusan | Tiada | Set kolektif fakta, konsep, pengalaman dan pengetahuan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau kumpulan individu. |