chromatography | kromatografi | Herba | Tiada | Kaedah, pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Kromatografi melibatkan dua fasa iaitu fasa pegun dan fasa gerak. Fasa pegun terdiri daripada pepejal seperti silika, alumina, selulosa dan sebagainya, atau cecair yang disokong oleh pepejal atau gel. Fasa ini sama ada dipadatkan dalam turus, disebarkan dalam bentuk lapisan dan filem, atau sebagainya. Fasa gerak pula terdiri daripada sama ada cecair atau gas. Mod pemisahan iaitu penjerapan, partisi, pertukaran ion dan eksklusi saiz bergantung pada sifat fizikokimia bahan kimia. Contoh teknik kromatografi ialah kromatografi lapisan nipis, kromatografi kertas, kromatografi cecair prestasi tinggi, kromatografi gas, kromatografi cecair superkritikal dan elektroforesis. |
soft landing | penutupan bertahap | Umum | Tiada | Strategi yang dibina untuk membuat peralihan yang mudah daripada satu fasa ke fasa yang lain hingga fasa yang terakhir dengan matlamat utama untuk merealisasikan prestasi operasi yang optimum. |
sublimation | pemejalwapan | Herba | Tiada | Perubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku. |
mobile phase | fasa gerak | Kimia | Kimia Analisis | Cecair atau gas yang berada dalam keadaan bergerak dalam teknik kromatografi. Fasa ini bergerak melalui fasa pegun sambil membawa komponen-komponen sampel untuk pemisahan. |
liqiud phase | fasa cecair | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang berada dalam keadaan cecair. Dalam teknik kromatografi cecair atau gas, fasa cecair dikhaskan kepada fasa pegun. |
honeymoon phase | fasa bulan madu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Fasa ketiga dalam kitaran keganasan rumah tangga. Dalam fasa ini, pelaku keganasan rumah tangga akan meyakinkan mangsa bahawa dia menyesal dan akan menghentikan tingkah lakunya yang ganas di samping berjanji untuk menjaga pasangannya dengan baik. Dalam fasa ini juga, pelaku biasanya akan menunjukkan kasih sayang dengan membelikan bunga atau hadiah untuk tujuan mengambil hati mangsa. |
nanocomposite | nanokomposit | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pepejal berbilang fasa apabila salah satu fasa mempunyai satu, dua atau tiga dimensi yang kurang daripada 100 nanometer. Nanokomposit boleh mempunyai struktur berskala nano yang berulang-ulang antara fasa bagi membentuk sesuatu bahan. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi. |
hydrophilic cream | krim hidrofilik | Herba | Tiada | Krim yang mempunyai fasa akueus sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi minyak dalam air (o/w) seperti sabun natrium atau sabun trolamina, alkohol lemak tersulfat dan polisorbat. Contohnya, krim pencukur, krim tangan dan krim asas. |
lipophilic cream | krim lipofilik | Herba | Tiada | Krim yang mempunyai fasa lipofilik sebagai fasa berterusan. Krim ini mengandungi agen pengemulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan dan monogliserida. Contohnya, krim sejuk dan krim emolien. |