Individu atau kumpulan individu yang bertindak sebagai pencetus kepada idea baru untuk membawa transformasi ke arah penambahbaikan dan pemantapan organisasi. Kewujudan agen perubahan mampu melakukan anjakan paradigma dalam organisasi dan berupaya memastikan kejayaan setiap perubahan yang dilaksanakan. Pengurus adalah agen perubahan dalam organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyuntik pembaharuan dan memperkenalkan suatu budaya kerja serta amalan baru untuk kelangsungan pentadbiran. Agen perubahan juga dianggap sebagai fasilitator yang berperanan menjana dan memupuk sikap baru dalam kalangan kakitangan organisasi.
Thanks for clicking. That felt good.