estrogenic | estrogenic | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang mampu bertindak seumpama tindak balas hormon estrogen. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
herb | herba | Herba | Pemiawaian | Tumbuhan berbiji yang batangnya lembut, tidak berkayu dan biasanya bersaiz kecil. Contohnya, kacip fatimah (Marantodes pumilum), misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan pegaga (Centella asiatica). |
wirawati | wirawati | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku wanita yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera klasik dan memiliki kebolehan luar biasa. Contoh watak Tun Fatimah dalam novel 1515 karya Faisal Tehrani. |
epic | epik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi panjang yang bersifat naratif atau penceritaan tentang seseorang pahlawan, Iazimnya berdasarkan peristiwa dalam sejarah. Contohnya, puisi "Balada Tun Fatimah'' karya Zaihasra. |
leucorrhoea | leukorea | Herba | Pemiawaian | Lendir yang keluar dari saluran serviks atau vagina sama ada berwarna putih atau kekuningan. Ekstrak daun sirih (Piper betle), kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan manjakani (Quercus infectoria) digunakan untuk merawat leukorea. |
resorcinol | resorsinol | Herba | Pemiawaian | Sebatian fenol yang berbentuk kristal, formula C6H6O2 yang diperoleh daripada tumbuhan herba. Sebagai contoh, resorsinol boleh didapati dalam ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
herbal filtration | penurasan herba | Herba | Tiada | Kaedah untuk mengasingkan partikel pepejal herba terampai daripada cecair ekstrak dengan cara mengalirkan larutan cecair melalui suatu bahantara. Contohnya penurasan larutan kacip fatimah untuk memisahkan hampas. Sinonim penapisan. |
antigonadotrophic | antigonadotrofik | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat menghalang atau menyekat aktiviti fisiologi hormon ganadotrofin yang khusus seperti ketakseimbangan androgen, estrogen, dan progesteron dalam badan. Contohnya, ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) yang bersifat antigonadotrofik. |
ballad sheets | lembar naskhah balada | Kesusasteraan | Puisi | Helaian naskhah atau skrip yang mengandungi sesuatu cerita yang bersifat epik yang diungkapkan dalam bentuk puisi, Contohnya, Iembar naskhah Balada Tun Fatimah karya Zaihasra dan Balada Orang-orang Tercinta, karya W.S. Rendra. |