Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.rum] | فيروم

Definisi : (férum) (Kim) unsur logam yg digunakan utk membuat keluli, besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.rum] | فيروم

Definisi : /férum/ ist istilah Latin utk besi: ~ oksida sebatian ferum dgn oksigen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ferum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hemehemFizikNanoteknologiMolekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida.
heavy metallogam beratHerbaTiadaBahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink. Lihat juga kontaminasi logam berat.
haemoglobinhemoglobinFizikNanoteknologiMolekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan.
heavy metal contaminationkontaminasi logam beratHerbaTiadaPencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing.
total ashabu totalHerbaTiadaAbu yang mengandungi silika, silikat dan sebatian natrium, kalium, magnesium, kalsium dan ferum yang masing-masing dalam bentuk karbonat, fosfat, klorida dan sulfat. Abu ini terhasil apabila bahan herba dipijarkan pada suhu tidak melebihi 450�C sehingga mencapai berat tetap. Nilai peratusan kandungan abu total diperoleh berdasarkan formula 100x/w, iaitu x ialah kandungan abu total dan w ialah berat asal bahan. Nilai yang melebihi had piawai menandakan lebihan bahan pencemar pada bahan mentah herba seperti tanah, pasir atau kapur. Namun, terdapat pengecualian terhadap tumbuhan yang banyak mengandungi kalsium oksalat kerana tumbuhan ini akan menghasilkan nilai abu total yang tinggi.
trace elementunsur surihPerikananAkuakulturBahan yang terdapat dalam pracampuran mineral yang diperlukan oleh ikan pada kepekatan kecil seperti ferum, mangan, zink, kuprum, iodin, kobalt, selenium, molibdenum, kromium dan silikon. Unsur surih ini penting untuk keperluan fisiologi.
coulometric titrationpentitratan kulometriKimiaKimia AnalisisKaedah penentuan bahan berdasarkan tindak balas bahan itu dengan reagen yang dijanakan secara elektrolisis. Misalnya, tindak balas pengoksidaan Ferum (II) oleh serium (IV) yang dijanakan secara elektrolisis.
atomic absorption spectrophotometryspektroskopi penyerapan atomHerbaTiadaKaedah analisis komposisi bahan dan pengenalpastian logam melalui panjang gelombang sinaran yang diserap semasa atom atau molekul teruja oleh sumber tenaga luaran. Kaedah ini digunakan untuk mengukur kandungan ferum, kalsium, magnesium dan logam berat dalam bahan mentah atau produk herba.
chelating resinresin pengkelatanKimiaKimia AnalisisResin penukar ion yang mempunyai sifat pemilihan yang tinggi untuk kation tertenu. Contoh seperti resin fenol fomaldehid dengan 8-kuinolinol sangat memilih kepada ion-ion kuprum, nikel, kobalt dan ferum.
redox indicatorpenunjuk redoksKimiaKimia AnalisisBahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji.

Kembali ke atas