Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fé.tus] | فيتوس

Definisi : (fétus) (Bio) anak haiwan viviparus (haiwan yg melahirkan anak) yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan sehingga saat kelahiran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fé.tus] | فيتوس

Definisi : /fétus/ ist anak haiwan viviparus yg belum dilahirkan, iaitu selepas peringkat embrio (pd manusia, anak itu berumur antara tujuh minggu selepas persenyawaan hingga waktu dilahirkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fetus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foetal defectkecacatan fetusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi.
biparietal diameterdiameter biparietalKejururawatanTiadaDiameter antara kedua-dua eminens parietal tengkorak fetus yang berukuran 9.5 cm bagi bayi yang cukup bulan. Ia boleh diukur dengan sefalometri ultrasound dari gestasi 9 minggu. Ukuran bersiri semasa kehamilan dapat digunakan untuk menilai perkembangan fetus.
foetusfetusKejururawatanTiadaJanin pada peringkat pascaembrio bermula dari minggu kesembilan sehingga kelahiran.
cephalometrysefalometriKejururawatanTiadaPengukuran garis pusat kepala fetus melalui radiografi atau ultrasound.
abortifacientabortifasienHerbaTiadaHerba yang mengaruh keguguran kandungan fetus. Contoh herba ini ialah gajah beranak, buah pala dan buah nanas muda.
abdominal pregnancykebuntingan abdomenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPembentukan fetus berlaku dalam abdomen, tetapi di luar uterus. Kebuntingan abdomen juga dikenali sebagai kebuntingan ektopik. Kebuntingan abdomen berlaku dalam rongga abdomen dan juga dalam oviduk.
crowningpengkoronaanKejururawatanTiadaDiameter suboksipitobregmatik dan biparietal kepala fetus melepasi lingkaran vulva dan ia berada dalam keadaan tetap antara kontraksi uterus.
uterusuterusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSebahagian daripada organ pembiakan haiwan betina dan merupakan tempat tumbesaran fetus semasa bunting. Dalam haiwan, terdapat pelbagai bentuk uterus sama ada uterus simpleks seperti dalam primat atau uterus dupleks seperti dalam ruminan.
oogenesisoogenesisPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembentukan oosit pada haiwan betina. Proses ini bermula seawal peringkat fetus sehingga peringkat haiwan betina mencapai dewasa. Oogenesis bermula dengan pembentukan sel germa primodial yang seterusnya melalui pelbagai perkembangan sel untuk mencapai peringkat oosit yang matang dan berupaya untuk disenyawakan.
syphilissifilisHerbaFitoterapiSejenis penyakit kelamin berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum yang menular melalui perhubungan seks atau daripada ibu kepada fetus di dalam rahim.
12

Kembali ke atas