feudalism | feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme. |
feudalism | feudalisme | Geografi | Tiada | Sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan yang lazimnya menjadi tuan tanah. |
feudalism | feudalisme | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
feudalism | feudalisme | Sosiologi | Tiada | Tiada |
feudalism | faham feudal/feudalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
antipapalism | faham anti-Paus | Sejarah | Tiada | Fahaman menentang dasar yang mengagung-agungkan Paus atau pengaruh gereja yang berlaku pada zaman akhir kejatuhan feudalisme. |
ecclesiastical | kegerejaan | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu yang berkaitan dengan keagamaan seperti tahun keagamaan pada zaman Greek purba atau berkaitan dengan gereja pada zaman feudalisme di Eropah. |
metonymy | metonimi | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan kata yang menggantikan sesuatu benda dengan benda yang lain pada sifat yang ada. Contohnya, mahkota untuk monrki. Perkataan �mahkota� dalam contoh di atas membawa konotasi daulat, wibawa, istiadat, keagungan dan feudalisme. Contoh lain ialah �bunga� untuk wanita, �kumbang� untuk lelaki dan �pentas� untuk teater. Istilah metonimi berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna �penukaran nama�. |
enlightened despotism | pemerintahan kuku besi berihsan | Sejarah | Tiada | Bentuk pemerintahan kuasa mutlak yang memperlihat sikap pemerintah yang mementingkan kebajikan rakyat yang diperintah, diamalkan di Eropah pada abad ke-16 dan ke-17 oleh monarki yang berkuasa penuh yang memasukkan feudalisme, pengurangan hak golongan bangsawan dan melindungi hak rakyat di bandar. |
primitive communism | komunisme primitif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk sistem ekonomi lampau sebelum zaman hamba abdi seperti yang terdapat dalam sejarah materialisme Karl Marx. Sistem ini melihat ekonomi masyarakat masih berada dalam bentuk tribal dan egalitarian dengan aktiviti ekonomi masih bersifat alamiah. Pada masa itu, tidak ada badan pemerintah dan juga badan khusus yang menguruskan pasaran tidak ada sistem pertukaran barang dan seluruh anggota masyarakat bekerjasama mencari keperluan asasi tanpa kepentingan persendirian. Menurut Marx, masyarakat dilihat berubah daripada tahap ini kepada bersifat perhambaan dan menuju kepada sifat feudalisme, kapitalisme, sosialisme dan komunisme. Sinonim komunisme kuno. |