Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1. daya berfikir, akal, ingatan; hilang ~ hilang akal; kurang (panjang, tajam) ~ kurang (panjang, tajam) akal; sakit ~ gila; 2. hasil pemikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat: itu bukan ~nya sendiri; apa ~mu sekarang ini, kita sudah kena tipu; mendapat ~ mendapat muslihat; 3. niat, cita-cita, angan-angan: tidak ada ~ hendak bekerja; 4. perhatian, minat: sangat sedikit ~nya pd pelajaran; menaruh ~ menaruh perhatian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.ki.ran] | فيکيرن

Definisi : 1 daya berfikir; akal: hilang ~ tidak tahu akan apa yg harus dilakukan; hilang akal. 2 hasil berfikir; pendapat: Itu bukan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homologyhomologiKesusasteraanTiadaPersamaan dalam bentuk struktur fikiran. Lucien Goldman, seorang ahli teori sosiologi Rumania menamai bentuk persamaan ini sebagai homologi. Goldman berpendapat struktur fikiran bukan suatu struktur linguistik tetapi merupakan corak hubung kait antara konsep tertentu. Struktur sesuatu karya sastera yang dihasilkan itu mempunyai persamaan atau nilai homologi dengan struktur fikiran kumpulan sosial yang diperkatakan dalam karya tersebut.
picture in our headgambaran dalam fikiranKomunikasiTiadaAndaian yang menyatakan bahawa komunikasi merupakan proses menyampaikan gambaran daripada fikiran seseorang kepada orang lain. Teori ini diperkenalkan oleh Walter Lippmann di dalam bukunya yang bertajuk Public Opinion.
epigramepigramKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang bernas serta mengandungi fikiran yang bijak dan menyindir. Bahasa yang digunakan dalam epigram biasanya puitis dan pendek tetapi mengandungi buah fikiran yang baik, halus, menari dan mendalam maknanya. Epigram berfungsi sebagai panduan atau petunjuk kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sesetengah epigram dijadikan kata-kata hikmat yang sering diingat dan dihafal sebagai panduan. Ada kalanya, bahasa puitis dalam epigram mempunyai nada yang menyindir, khususnya pada golongan manusia tertentu. Mulai abad ke-16, karya berbentuk epigram menjadi salah satu genre kesusasteraan penting di England. Antara tokoh penting dan berwibawa dalam bidang ini ialah Jonson, Drummond, Dryden dan Swift. Kini, epigram digunakan semula oleh pengarang dalam karya moden untuk menyampaikan amanat tertentu. Kesusasteraan Melayu tradisional kaya dengan unsur-unsur epigram yang boleh ditemui dalam pelbagai ungkapan, bidalan, pepatah, perumpamaan dan peribahasa. Unsur epigram merupakan salah satu bahan penga
moodmoodKesusasteraanTiadaKeadaan fikiran atau perasaan penulis yang menyelubungi pengkaryaannya. Mood kadangkala ditukar ganti dengan nada kerana cakupannya meliputi sikap pengarang terhadap subjek yang ditanganinya, tetapi dibezakan sedikit dengan suasana kerana tidak meliputi aspek latar dan perincian fizikal. Mood pengarang boleh berubah-ubah, sesuai dengan perubahan keadaan fikiran atau perasaan watak yang berlaku dalam cerita. Istilah mood berasal daripada Inggeris lama yang bermaksud �hati, perasaan, fikiran dan semangat�.
thoughtfikiran; pemikiranKesusasteraanTiadaGagasan, sikap dan konsep menjadi ciri suatu lapisan sosial tertentu dalam masyarakat.
thoughtfikiran; pemikiranKesusasteraanTiadaTiada
thoughtfikiran; pemikiranSejarahTiadaTiada
monologuemonologKesusasteraanTiadaPertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sab
open-mindednessfikiran terbukaPendidikanTiadaTiada
pseudofeeblemindednesslemah fikiran semuPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas