Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.la.ria] | فيلاريا

Definisi : (Ubat) sj cacing parasit drpd famili Filariidae yg hidup di dlm darah dan tisu haiwan vertebrat yg mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleh serangga tertentu spt nyamuk dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata filaria


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antifilarialantlfllariaFarmasiFarmakologi1.Berkaitan dengan memusnabkan atau membunuh filaria. Filaria ialah sejenis cacing daripada famili Filariidae yang hidup dalam darah dan tisu haiwan vertebrat yang mengakibatkan penyakit filariasis, biasanya disebarkan oleb serangga seperti nyamuk. 2. Agen yang merencat atau menghalang fibrinolisis. Agen ini berfungsi dengan mengganggu pembentukan enzim fibrinolitik plasmin daripada plasminogen oleh pengaktif plasminogen di permukaan fibrin. Agen ini menghalang tapak ikatan plasminogen dan seterusnya menghenti.kan pembentukan plasmin. Contoh agen ini ialah asid aminokaproik dan asid traneksamik yang biasa digunakan dalam rawatan menorhagia dan pendarahan.
filariafilariaPerubatanTiadaSekumpulan nematod daripada superfamili Filarioidea, yang mengakibatkan filariasis.
filariafilariaPerubatanTiadaSekumpulan cacing nematod daripada superfamili Filarioidea, yang berbentuk bebenang panjang. Cacing jenis ini mengakibatkan penyakit filariasis pada manusia dan haiwan.
filariasisfilariasisPerubatanTiadaInfeksi oleh cacing filaria yang biasanya melibatkan sistem limfa, kulit dan tisu subkutis. Kehadiran cacing filaria dewasa di dalam sistem limfa menyebabkan inflamasi berulang-ulang dan seterusnya menyebabkan fibrosis dan penyumbatan sistem tersebut. Keadaan ini mengakibatkan edema kronik dan penyakit untut. Kehadiran anak cacing filaria (mikrofilaria) di dalam darah membantu diagnosis dan juga penting dari segi penularan penyakit ini oleh nyamuk.
filarial dermatitisdermatitis filariaVeterinarTiadaTiada
filarial dermatosisdermatosis filariaVeterinarTiadaTiada
elephantiasiselefantiasisPerubatanTiadaPenyakit disebabkan oleh jangkitan cacing filaria yang mengakibatkan pengembungan kulit dan tisu-tisu perantara di bawahnya.
elephantiasiselefantiasisPerubatanTiadaPenyakit kronik yang disebabkan oleh infeksi cacing filaria yang mengakibatkan inflamasi dan penyumbatan pembuluh limfa dan hipertrofi kulit serta tisu subkutis. Bahagian tubuh yang lazim terlibat ialah anggota bawah dan genitalia. Istilah ini juga digunakan untuk sebarang keadaan yang mengakibatkan hipertrofi dan penebalan tisu. Sin: untut
filariasisfilariasisPerubatanTiadaSejenis penyakit pada manusia akibat penyumbatan salur limfa oleh cacing filaria, khususnya Wucheria bancrofti.
elephantiasiselefantiasis/untutPerubatanTiadaPenyakit edema kronik yang melibatkan anggota badan. Penyakit ini disebabkan jangkitan cacing filaria.
12

Kembali ke atas