Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.na.lé] | فينالي

Definisi : (finalé) bahagian terakhir sesebuah lagu, muzik, lakonan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata finale


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finalefinaleMuzikTiada

 1.  Gerakan muzik yang terakhir dalam karya beberapa ge­rakan muzik seperti sonata, simfoni atau opera Zaman Klasik.

2.  Lagu terakhir dalam setiap babak karya opera yang biasa­nya terdiri daripada ensembel, watak utama dan korus.

finale (It)finaleKesenianTiadaBahagian terakhir persembahan.
fin (F)finKesenianTiadaBahagian terakhir persembahan. Sinonim dengan istilah finale
fine (It)fineKesenianTiadaBahagian terakhir persembahan. Sinonim dengan istilah finale.
pastoralepastoraleMuzikTiada

 1.Muzik instrumental atau vokal yang menggambarkan kehidupan peladang. Karya jenis ini bermeter 6/8 atau 12/8, bertempo sederhana dan melodinya lemah gemalai. Dron yang meniru beg paip gembala kambing merupakan salah satu daripada ciri muzik jenis ini. Contohnya, gerakan finale, allegro spiritoso dalam Symphony, No. 104 oleh Haydn (1732 -1809), Symphony, No. 6 F major, Op. 68 dan Pastorale oleh Beethoven (1770-1827). 2. Gaya persembahan yang menyerupai suasana desa yang aman dan tenteram. Muzik jenis ini biasanya menggunakan meter 6/8 atau 12/8 dan bertempo sederhana dengan melodi yang bercorak lemah gemalai.


Kembali ke atas