firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
personal firewall | tembok api peribadi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian tembok api yang dipasang pada sistem komputer peribadi yang mempunyai ciri yang setara dengan tembok api biasa. Perisian ini hanya melindungi satu sistem komputer sahaja dan lebih bertumpu kepada kawalan capaian pada tahap proses perisian di dalam sistem komputer. Perisian ini juga mengawal capaian dengan rangkaian. |
network level firewall | tembok api paras rangkaian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tembok api yang memeriksa dan menyaring pengepala paket pada peringkat rangkaian berpandukan dasar keselamatan. Pemeriksaan terhad kepada peringkat rangkaian tetapi tidak memeriksa kandungan data paket rangkaian. |