Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.to.ki.mia] | فيتوکيميا

Definisi : cabang kimia yg berkaitan dgn tumbuhan-tumbuhan, termasuklah komposisi dan proses kimianya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitokimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phytochemical compoundsebatian fitokimiaHerbaTiadaSebatian tulen kimia yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan diasingkan melalui proses pengekstrakan, penyulingan, pemfraksian, penghabluran dan lain-lain. Kelas utama sebatian fitokimia ialah alkaloid, terpena, fenolik, flavanoid, glikosida, protein, lemak dan karbohidrat. Sebatian ini sangat berguna dalam bidang perubatan, pemakanan dan kosmetik.
chemical assayassai kimiaHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan atau kepekatan suatu komponen fitokimia utama atau aktif dalam bahan mentah dan sediaan herba dengan menentukan nilai-nilai asid, saponifikasi, ester, asetil, peroksida, hidroksil dan iodin, atau melalui pentitratan dan gravimetri. Kaedah ini menilai kualiti bahan mentah dan sediaan herba secara kuantitatif.
biological assayassai biologiHerbaTiadaProsedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba mestilah dibandingkan dan diassai dengan piawai secara serentak.
antibacterial assaycerakin antibakteriaHerbaPemiawaianProsedur penentuan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam ekstrak herba yang diuji dengan menggunakan bakteria. Sampel ekstrak herba mestilah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak dengan menggunakan drug amoksilin atau gentamisin.
biological assaycerakin biologiHerbaPemiawaianProsedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti sesuatu komponen fitokimia aktif dalam bahan herba yang diuji dengan menggunakan haiwan, tisu, organ, sel, mikroorganisma dan bahan imunologi. Kaedah ini adalah untuk menilai keberkesanan bahan mentah dan sediaan herba melalui penentuan aktiviti farmakologi, biokimia, imunologi dan mikrobiologi. Sampel bahan herba hendaklah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak. Contohnya, cerakin antiradang dengan menggunakan sebatian deksametason sebagai drug piawai bagi perbandingan terhadap ekstrak herba.
anticancer assaycerakin antikanserHerbaPemiawaianProsedur untuk menentukan kandungan, kepekatan atau aktiviti suatu komponen fitokimia aktif dalam ekstrak herba yang diuji dengan menggunakan sel kanser. Sampel ekstrak herba mestilah dibandingkan dan dicerakin dengan piawai secara serentak dengan menggunakan drug tertentu, bergantung pada jenis sel kanser yang terlibat. Contohnya, cerakin antikanser bagi ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) menggunakan tamoksifen sebagai piawai untuk kanser payudara.
banned botanicalherba haramHerbaPeraturan dan PemasaranBahan atau ramuan herba yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam sebarang produk herba kerana mengandungi bahan fitokimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Contohnya, spesies Aristolochia mengandungi asid aristolokik yang menyebabkan ketoksikan ginjal.
extract profileprofil ekstrakHerbaPemiawaianCiri atau maklumat tentang sesuatu ekstrak herba seperti Profil Fizikal (bau, warna, sifat fizikal, kepekatan dan kelarutan), profil fitokimia [Profil TLC (Thin Layer Chromatography)], Profil GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometer) dan Pemprofilan Biologi. Profil ekstrak digunakan dalam monograf herba.
extract bankbank ekstrakHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad.
impuritybahan pencemarHerbaTiadaSebarang bahan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi bahan mentah atau sediaan herba. Bahan pencemar terdiri daripada bahan organik, hasil pemprosesan atau bahan fitokimia semula jadi. Bahan ini mungkin tercampur secara sengaja atau tidak. Bahan ini biasanya dikesan melalui analisis mikroskopi dan kromatografi. Kehadiran bahan pencemar lazimnya merendahkan kualiti bahan mentah dan sediaan herba. Contohnya, serbuk akar tongkat ali dicemar dengan serbuk bahagian lain tongkat ali dan bahan pencemar alkali hasil pemprosesan minyak soya.
12

Kembali ke atas