physical barrier | sekatan fizikal/halangan fizikal | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
workplace victimization | pemangsaan tempat kerja | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Keadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar. |
extract profile | profil ekstrak | Herba | Pemiawaian | Ciri atau maklumat tentang sesuatu ekstrak herba seperti Profil Fizikal (bau, warna, sifat fizikal, kepekatan dan kelarutan), profil fitokimia [Profil TLC (Thin Layer Chromatography)], Profil GCMS (Gas Chromatography Mass Spectrometer) dan Pemprofilan Biologi. Profil ekstrak digunakan dalam monograf herba. |
physical map | peta fizikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Paparan maklumat yang menunjukkan lokus penanda DNA pada sesuatu kromosom, seperti susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada kromosom. Lihat juga pemetaan fizikal. |
psychosomatic disorder | gangguan psikosomatik | Perubatan | Psikiatri | Penyakit psikiatri apabila seseorang mengalami gejala fizikal yang menyebabkannya berasa tertekan berpunca daripada konflik psikologi. Walau bagaimanapun, gejala fizikal tersebut tidak dapat dibuktikan dengan pemeriksaan fizikal dan ujian. Sinonim psychosomatic illness. |
physical planning | perancangan fizikal | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perancangan struktur fizikal kawasan guna tanah, per- hubungan, kemudahan awam, dan sebagainya yang berasal daripada peraturan dan kawalan bandar. |
physical etching | punaran fizikal | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses punaran sesuatu sampel melalui tindak balas fizikal (pemindahan momentum). |
physical mapping | pemetaan fizikal | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk mencari susunan penanda DNA dan jarak fizikal di antara penanda DNA pada sesuatu kromosom. |
physical inventory taking (PIT) | pengambilan inventori fizikal | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Tatacara tertentu untuk memperoleh inventori fizikal. |
physical flow | aliran fizikal | Ekonomi | Tiada | Pergerakan barang dan perkhidmatan dalam pasaran barang dan pergerakan faktor pengeluaran dalam pasaran faktor. Aliran fizikal wujud apabila isi rumah ingin menggunakan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma, dan apabila firma memerlukan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah untuk kegiatan pengeluaran. |